Connect with us

Berita Lain

Kes Tipu Jualan Rumah RM6.2 Juta: Boy Iman Direman 3 Hari


PENGARAH Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau
Boy Iman direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan
rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Perintah tahanan reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu
dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam Nurhidayah
Abd Mutalib
mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan perintah reman itu dikeluarkan selepas polis
menerima dua laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai
Buloh.


Turut direman adalah tiga pengarah syarikat Juta Kelulut
Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun lapor My Metro.
Ketiga-tiganya direman dua hari mengikut seksyen sama.
Mereka tiba di mahkamah 10.15 pagi dengan tangan bergari dan
diiringi anggota polis.
Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang
didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources
yang turut membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan terbaru di
Selangor.
Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin
lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan
kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.
Sehingga kini 203 laporan berhubung penipuan skim perumahan
DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

Khamis lalu, Boy Iman direman dua hari bagi membantu
siasatan kes sama yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Muar.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel