Connect with us

Berita Lain

Lelaki Dibuang Kerja Selepas Kad ATM Disalah Guna Kenalan


SEREMBAN: Seorang lelaki bukan sahaja hilang pekerjaan,
tetapi kini perlu menanggung beban selepas kenalannya meminjam kad mesin
pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya sejak Jun lalu.
Yee Yong Kian, 32, yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual
berkata, dia tidak menyangka kenalan yang dikenali kira-kira dua tahun lalu,
menggunakan kad miliknya untuk melakukan pinjaman tidak wujud membabitkan
jumlah RM360,000.
Katanya, lelaki berusia 27 tahun yang beralamat di Kajang,
Selangor itu datang berjumpanya memberitahu mahu meminjam kad ATM bagi
memudahkan majikannya memasukkan gaji, kerana dia tiada akaun bank berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan akaun
bank itu yang tidak aktif dan tiada wang, lalu memberikan kad itu bersama kata
laluan.
“Selepas beberapa minggu, saya cuba menghubunginya
untuk mendapatkan semula kad, tetapi gagal.
“Pada Ogos lalu, polis dari Wangsa Maju datang ke rumah
memaklumkan akaun bank milik saya digunakan untuk menipu ramai individu. Ketika
itu baharu saya sedar kenalan salah menggunakan kad bank yang saya pinjamkan,
dan sehingga kini terdapat sebanyak 26 laporan di 24 balai polis,” katanya
ketika ditemui di sini, hari ini lapor BH Online.
Bapa kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu
berkata, sejak itu sehingga 28 September lalu, dia direman dan diambil
keterangan di beberapa balai polis termasuk Nilai, Dang Wangi, Putrajaya,
Sungai Besar, Kuala Kubu Baru dan Kajang, dan akibat daripada kes itu, dia
dibuang kerja.
Yong Kian yang kini sudah menutup akaun bank miliknya,
berkata pada 6 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Seremban mengikut
Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memberi pinjam kad ATM dan didenda
RM8,600.
“Denda itu hanya untuk satu kes, saya berdepan 25 lagi
kes yang sama di seluruh negeri. Dengan keadaan tiada pekerjaan, sudah pasti
susah untuk membayar denda.
“Saya berharap polis dapat menangkap segera suspek.
Saya mendapat tahu suspek yang menggunakan Facebook untuk mengiklankan mengenai
kegiatan pinjaman tidak wujud, turut menggunakan tujuh kad ATM milik individu
berbeza untuk melakukan jenayah ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA Kebangsaan,
Ng Kian Nam, berkata pihaknya akan membantu memberikan perkhidmatan bantuan
guaman kepada Yong Kian dan berharap semua orang tidak sewenang-wenangnya
memberikan kad ATM dan kata laluan walaupun kepada rakan, kerana bimbang
disalah guna.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel