Connect with us

Berita Lain

Muat Naik Penyata KWSP, Teka Berapa Gaji Bulanan Aliff Syukri?



FORBES baru-baru ini menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai
individu keempat terkaya di dunia dengan nilai aset berjumlah 73.2 bilion USD,
dan sudah pasti semua tahu bahawa pengasas Facebook itu hanya menerima gaji
sebanyak 1 dolar (RM4.23) sahaja setahun.

Ya, hanya 1 dolar setahun dan perkara itu telah disahkan
sendiri oleh pihak Facebook pada 2013. Malah, beliau juga memilih untuk tidak
menerima sebarang elaun bulanan mahupun bonus tahunan.
Syarikat hanya memberikan beliau kemudahan menggunakan
pesawat syarikat, membayar peralatan keselamatan di rumah dan bayaran gaji
pengawal keselamatan ketika beliau membuat perjalanan, lapor media.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tapi, kenapa ahli perniagaan tersohor dunia ini memilih
untuk terima 1 dolar setahun sahaja? Memetik Business Insider, Zuckerberg
pernah membuat penjelasan menerusi laman Facebook mengenai sebab beliau
menerima gaji serendah itu.
“Saya sudah miliki wang secukupnya. Saya hanya mahu
memberikan tumpuan untuk membuat kebaikan dengan apa yang saya ada.
“Cara utama yang saya boleh bantu adalah melalui Facebook –
memberi orang kuasa untuk berkongsi dan menghubungkan dunia. Saya juga memberi
tumpuan kepada pendidikan saya dan kerja-kerja amal di luar Facebook,” katanya.
Pada penghujung 2015, Zuckerberg dan isterinya membuktikan sikap
dermawan mereka dengan menandatangani The Giving Pledge di mana mereka berikrar
untuk mendermakan 99 peratus daripada kekayaan mereka kepada kebajikan.
Kebaikan yang ditunjukkan Zuckerberg – antara contoh yang
boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada semua terutamanya mereka yang bergelar
usahawan untuk lebih membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Di Malaysia, tidak kurang apabila ramai juga usahawan
terkenal terlibat dalam aktiviti kebajikan, sama ada ia didedahkan secara
langsung kepada umum mahupun dilakukan tanpa pengetahuan orang awam.
Malah, dalam kalangan mereka juga ada yang mampu memberikan
inspirasi kepada orang awam untuk berjaya – dan salah satu caranya adalah
dengan berkongsi kejayaan dan kemewahan yang dimiliki masing-masing di laman
sosial, walaupun ada yang mempertikaikan perkara itu sebagai “show
off”.
Namun, pernahkan anda terfikir dan bayangkan berapa gaji
bulanan mereka, yang mana sebelum ini tiada laporan mengenai perkara itu –
kerana gaji merupakan hal sulit dan persendirian. Tapi, ramai yang tahu bahawa
salah satu cara untuk mengira jumlah gaji bulanan seseorang adalah melalui
penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pada tahun lalu KWSP memaklumkan pencarum boleh memilih
untuk membuat caruman sebanyak 11 peratus atau 8 peratus daripada jumlah gaji
asas. Manakala, jumlah caruman majikan masih lagi kekal sebanyak 12 peratus.
Di laman Facebook hari ini, Datuk Seri Aliff Syukri
Kamarzaman memuat naik penyata KWSP milik beliau, sekaligus membuatkan ramai
netizen mula berteka-teki dan menggira gaji bulanan diterima usahawan kosmetik
terkenal itu.
Seperti biasa, niat pengasas produk D’Herbs itu berkongsi
penyata KWSP beliau bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya, sebaliknya
melahirkan rasa syukur dengan faedah yang diterima melalui simpanan tersebut
beliau mampu membayar deposit rumah baharu di Pavilion, Kuala Lumpur.
Catatan di entri juga menunjukkan bahawa Aliff mahu
memberikan motivasi kepada netizen di luar sana. Maka, ramailah yang nak tahu
gaji Aliff, tapi tidak kurang juga yang meninggalkan komen negatif. Tapi tak
apa kita fokus kepada perkara positif sahaja, ya.
Jadi, berapa anggaran gaji bulanan diterima Aliff?
Berdasarkan kiraan kasar mengikut jumlah caruman pekerja, Aliff menerima
sekurang-kurangnya RM21,818.18 dan RM202,000 sebulan (11 peratus). Jumlah itu
dikira mengikut jumlah caruman pekerja yang dicarum antara RM2,400 dan
RM22,220.00. Wow, banyak bukan?
Isu di sini bukan mahu menayangkan kekayaan atau berapa
banyak gaji yang diterima Aliff, sebaliknya bagaimana masyarakat boleh
menjadikan perkongsian beliau sebagai pendorong untuk lebih berjimat cermat,
menanam sikap suka menabung serta berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai apa
yang diinginkan.




— Malaysian Digest

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel