Connect with us

Berita Lain

Pakatan Harapan Serah Bukti Kepada SPRM


PUTRAJAYA – Bukti terbaharu berhubung dakwaan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam, Tan Sri
Muhamad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes Liwat
II, diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, bukti
dalam bentuk dokumen diserahkannya kepada dua pegawai SPRM di ibu pejabat
suruhanjaya itu.
“Bagaimana pun saya tidak dapat mendedahkan bukti
tersebut kerana tertakluk kepada Akta SPRM,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, SPRM dalam jaminannya akan memberi maklum balas
dalam tempoh tujuh hari berkerja.
“Kita akan dimaklumkan mereka mengenai tindakan lanjut
yang bakal diambil SPRM,” katanya.
Beliau berkata, Pakatan Harapan mewakili seluruh rakyat
memohon SPRM menyiasat berhubung dakwaan itu.
“Kita yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalahdan
beliau berhak dibebaskan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin
berkata, tindakan kerajaan berterusan berdiam diri berhubung dakwaan itu
menimbulkan kemusykilan.
“Kita khuatir ada agenda tersirat,” katanya.
Menurutnya, sekiranya kerajaan membayar menggunakan dana
awam seperti GST, ianya tidak adil.
Pada 31 Mei lepas, Sarawak Report mendakwa Najib membayar
Shafee sebanyak RM9.5 juta menerusi akaun Ambank miliknya.
Pembayaran itu dikaitkan dengan lantikan Shafee sebagai
ketua pendakwaraya semasa rayuan bagi menentang keputusan tidak bersalah
melibatkan Anwar  dalam dakwaan liwat
pada 2014.
Pihak kerajaan sebelum ini mendakwa kononnya Shafee hanya
menerima RM1,000 sahaja bagi tugasnya itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel