Connect with us

Berita Lain

Pas Mungkin Boleh Kalah Dalam PRU Kata Nasrudin

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan – Foto: The Malay Mail

SHAH ALAM – Pas mungkin boleh kalah dalam pilihan raya
tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya.
Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan,
Pas mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik negara.
Kata Nasruddin, Pas memiliki generasi pelapis yang mantap
dan ia berjaya dibuktikan menerusi pelancaran Jentera Pilihanraya Perak dan
Kedah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua himpunan
tersebut melepasi angka sasar. Kehadiran lima ribu sasaran di Kuala Kangsar
Perak dan 12 ribu sasaran di Kota Sarang Semut Kedah.
“Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut.
Majlis berlangsung pada 28 Oktober (Sabtu). Jam 2.30 petang di Kuala Kangsar
dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut.
“Sekali lagi menyaksikan anak-anak muda menepati 80
peratus kehadiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang
demokrasi  untuk memenangkan Pas dalam
PRU14 kelak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau dalam masa sama yakin yang Pas akan terus mara dan
teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya.
“Biar menempuh 1001 ujian. Pemimpin pergi dan datang,
isu semasa pasang dan surut, namun ‘temperature’ perjuangan Islam tidak pernah
rendah.

“Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh,
pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang
jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan Pas terus mendekati pelbagai pihak
dan didekati oleh semua,” katanya.

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel