Connect with us

Berita Lain

Pemandu Teksi ‘Cekik’ Tambang RM950 Untuk Perjalanan Kurang 10 Kilometer


DIPAKSA bayar tambang teksi sebanyak RM950 bagi jarak kurang
10 kilometer.
Itu nasib malang dialami dua lelaki warga Bangladesh yang
diperas ugut seorang pemandu teksi ketika menaiki kenderaan itu dari KL Sentral
ke Setapak di sini, Sabtu lalu.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru
tiba dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu, lapor My Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa mulanya ditawarkan suspek menaiki teksi dipandu ke
Setapak dengan kadar tambang RM50 setiap seorang.
“Namun sebaik tiba di lokasi, pemandu teksi itu mengugut
mangsa membayar tambang RM950,” katanya.
Menurutnya, berlaku pertengkaran namun mangsa terpaksa akur
berikutan bimbang dicederakan suspek yang turut membawa senjata kayu dan besi
di dalam teksi itu.
Susulan kejadian itu, mangsa bertindak membuat laporan polis
di Balai Polis Salak Selatan di sini.
Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang turut
menerima laporan sama segera melakukan operasi khas mengesan pemandu teksi itu.
Operasi bermula jam 10 malam semalam dan pegawai SPAD
berjaya menahan pemandu teksi berusia 30-an itu di ibu kota.

Teksi yang digunakan suspek turut disita bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD)
2015.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel