Connect with us

Berita Lain

Pesara Terkejut Menang Kereta Mewah, Lupa Ada Simpanan 20 Tahun


SIBU, 1 Okt —  Pesara
guru tidak menyangka amalan menyimpan menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP)
Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak 20 tahun lalu melayakkannya memenangi kereta
Mercedes Benz C200.
Atan Abdul Wahab Muslim, 75, dari Johor Bahru memenangi
kereta itu melalui cabutan bulanan istimewa bagi bulan Ogos lepas.
Katanya beliau langsung tidak mengingati bahawa masih lagi
terdapat simpanan tersebut di BSN kerana sudah terlalu lama dan begitu terkejut
apabila dihubungi pegawai BSN Johor Bahru bagi memaklumkan kemenangannya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mula-mula saya rasa risau juga kerana zaman sekarang ramai
yang membuat macam-macam penipuan.
“Tetapi beliau menyakinkan saya dan meminta nombor kad
pengenalan untuk sahkan surat kemenangan.
“Apabila dimaklumkan saya memenangi hadiah istimewa ini,
memang terperanjat dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana rezeki datang pada
hari itu. Isteri saya orang paling gembira menerima berita ini,” katanya.
Atan Abdul Wahab berkata demikian kepada pemberita ketika
ditemui pada majlis meraikan pemenang-pemenang cabutan bulan Ogos yang diadakan
pada majlis cabutan SSP BSN bulan September 2017 di sebuah pusat beli-beli  terkemuka di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri
Wong Soon Koh, Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Frederick Siew
Kin Meng dan Pengarah Perniagaan BSN Sarawak, Sharulnahar Jaafar.
“Ini adalah contoh terbaik untuk menabung simpan duit, tidak
perlu mengumpulkan banyak wang, cukup dengan hanya modal sedikit dan kita
jangan mengimpikan dulu hadiah-hadiah yang boleh dimenangi,” kata pesara guru
itu.
Katanya beliau akan menggunakan kereta baharu itu nanti dan
akan didaftar dengan nombor pendaftaran negeri Johor.
Bagi cabutan SSP BSN bulan Ogos 2017 menyaksikan Nor Hayani
Abu daripada Selangor memenangi RM1 juta manakala Audrey Celestine Wijaya
daripada Melaka memenangi RM10,000 untuk kategori khas cabutan remaja.

Bagi cabutan untuk bulan September pada hari ini, Tan Fong
Pic daripada Kuala Lumpur memenangi kereta BMW 330e manakala Rozila Zainol
daripada  Kedah memenangi RM1 juta.
—  Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel