Connect with us

Berita Lain

Polis Nasihat Jamal, Jangan Jual Ikan Di Padang Timur


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunus dinasihatkan tidak
mencetuskan provokasi dengan menjual ikan ketika himpunan anti-kleptokrasi
dianjurkan Pakatan Harapan hujung minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
berkata, sekiranya berdegil, ketua Umno Sungai Besar itu boleh dikenakan tindakan
di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

“Kita nasihatkan Jamal, kalau dia buat juga, kita akan lihat
apa kesalahan dia di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan, kita akan
minta pihak berkuasa tempatan ambil tindakan,” kata Noor Rashid kepada
pemberita hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jamal sebelum ini berkata beliau akan menjual ikan ketika
himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya
pada Sabtu ini.

“Saya juga akan turun pada tarikh tersebut dengan membawa 10
tan ikan rakyat untuk dijual dengan harga RM5 sekilo,” kata Jamal.

Noor Rashid berkata, pihaknya mengharapkan Jamal mematuhi
masihat polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Saya nasihatkan Jamal jangan ganggu himpunan, jangan cuba
cetuskan keadaan huru-hara,” kata Noor Rashid.

Jamal sebelum ini menganjurkan jualan ikan rakyat pada harga
RM5 sekilogram di Sekinchan, Ampang dan Pandan.
Menurutnya, jualan ikan di Padang Timur nanti adalah kerana
ramai akan berkumpul bagi mendengar ceramah yang dianjurkan pembangkang. – Free Malaysia Today


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel