Connect with us

Berita Lain

PPIM Tidak Gentar Dengan Ancaman Sembilan Dragons – Datuk Nadzim Johan


“Kita tak gentar dengan ancaman, malah sedia pertaruh nyawa.
Saya mohon doa dan sokongan masyarakat supaya beri kekuatan serta sokongan
kepada pihak berkuasa,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau turut berkata, pihaknya tidak akan berganjak dalam
usaha membasmi sindiket perjudian haram yang bertapak di negara ini sejak
sekian lamanya.
Menurutnya juga, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
tidak gentar dengan ugutan  sindiket
perjudian yang tergugat dengan pendedahan dibuat NGO itu

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelasnya ini peluang terbaik buat rakyat Malaysia untuk
melihat kegiatan perjudian haram dapat dihentikan secara besar-besaran.
“Dengan kesungguhan pihak berkuasa, saya yakin dan percaya
kegiatan ini dapat dibasmi sepenuhnya,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat PPIM, semalam.
Mengulas sedikit mengenai 
pendedahan 9 Dragons, Nadzim berkata, sindiket berkenaan telah
mengadakan perjumpaan berikutan rasa tidak senang  terhadap campur tangan yang dibuat persatuannya
terhadap urus niaga mereka.
“Saya dimaklumkan mesyuarat ini diadakan di Selangor dan
Kuala Lumpur, yang dihadiri lima atau enam ketua kumpulan yang mengetuai
sindiket berkenaan.
“Mereka adakan mesyuarat kerana rasakan periuk nasi
terganggu dengan campur tangan PPIM terhadap bisnes mereka,” katanya.
Disamping itu, Nadzim turut mengakui dihubungi polis
berhubung pendedahan aktiviti perjudian berkenaan sebelum ini.
“Insya-ALLAH, saya akan ke Bukit Aman minggu depan untuk
memberikan keterangan,” tambahnya.
Sebelum ini, Nadzim 
mendakwa, sindiket perjudian haram di Malaysia dikawal oleh  individu seramai sembilan orang dikenali
sebagai 9 Dragons.
Beliau dakwa sistem itu telah lama diamal kumpulan sindiket
jenayah terbabit hinggakan mereka yang berada dalam agensi penguat kuasa
‘dibeli’ bagi melicinkan kerja kotor mereka.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel