Connect with us

Berita Lain

Shafie Apdal Gagal Batal Reman


Permohonan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk
Mohd Shafie Apdal yang mencabar keputusan penahanan reman ke atasnya Jumaat
lalu oleh SPRM ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini.
Hakim Ismail Brahim membuat keputusan di kamar selepas
mendengar hujah SPRM bahawa reman yang dibuat sebelum ini di bawah Seksyen 117
Kanun Tatacara Jenayah adalah terpakai di bawah Seksyen 3 Kanun Tatacara
Jenayah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Susulan itu, SPRM akan membawa Mohd Shafie ke Mahkamah
Majistret pada pukul 2.30 petang ini untuk memohon sambungan reman selepas
perintah yang dikeluarkan Jumaat lalu berakhir hari ini.
Akhbar Utusan Malaysia memetik peguam yang mewakili Mohd
Shafie, Peter Anthony sebagai berkata, pihaknya memohon pembatalan reman kerana
anak guamnya sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 49 Akta SPRM 2009.
“Akta tersebut membenarkan SPRM menangkap tetapi perlu
dibebaskan dengan syarat-syarat jaminan SPRM. Jika syarat itu dilanggar barulah
dia boleh ditangkap lagi untuk direman.
“Tetapi permohonan kami ditolak oleh mahkamah, justeru
petang ini SPRM dijangka akan memohon sambungan tempoh reman,” katanya.
Minggu lalu, SPRM juga menahan dua adik Mohd Shafie dan
beberapa pemimpin WARISAN dalam siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan RM1.5
bilion dana pembangunan luar bandar yang diperuntukkan untuk negeri Sabah.


Jumlah RM1.5 bilion itu didakwa merupakan sebahagian
daripada RM7.5 bilion dana yang dilaporkan diperuntukkan untuk projek
pembangunan kawasan pedalaman Sabah untuk tempoh enam tahun.
SPRM menyiasat 60 syarikat yang diberikan projek untuk
bekalan air, elektrik, dan jalan raya untuk membantu penduduk di pedalaman
negeri itu.
Mohd Shafie memegang portfolio kementerian kemajuan luar
bandar dan wilayah dari 2009 hingga 2015. Beliau menafikan penglibatannya dalam
skandal itu.

— Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel