Connect with us

Berita Lain

Terkejut Terpilih Jadi Jutawan


SABAK BERNAM – Setiausaha Masjid Kampung Ubudiah, Kampung
Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, menggesa sebuah syarikat
telekomunikasi terkenal di negara ini menyiasat penyebaran maklumat palsu yang
dihantar melalui aplikasi WhatsApp kononnya menjanjikan hadiah lumayan. 
Roslee Hashim, 50, berkata, penyebaran maklumat palsu itu
dikirimkan individu tidak bertanggungjawab ke akaun WhatsApp peribadinya
sebanyak dua kali. 
Menurutnya, kali pertama dia menerima kiriman mesej itu pada
27 September lalu pada jam 4.26 pagi lapor Sinar Online.  

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bila buka WhatsApp saya terkejut sebab dapat mesej kononnya
sim kad saya terpilih dan berjaya jadi jutawan 2017 dan menang bonus ganjaran
daripada sebuah syarikat telekomunikasi,” katanya. 
Roslee berkata, dia sekali lagi menerima pesanan WhatsApp
daripada syarikat telekomunikasi yang sama tiga hari selepas itu. 
“Antara kandungan mesejnya mengatakan kononnya sim kad saya
berjaya dapat bonus tambah nilai berjumlah RM7,000,” katanya. 
Roslee berkata, syarikat telekomunikasi terbabit diminta
menyiasat perkara itu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak
tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menghantar kiriman WhatsApp
menggunakan alamat syarikat telekomunikasi terbabit. 
“Saya yakin ini adalah taktik penipuan terancang dan kita
bimbang ada dalam kalangan pengguna yang terpedaya seperti mana kes-kes
penipuan sebelum ini,” katanya. 
Malah, katanya, seorang anak perempuannya berusia 12 tahun
turut menerima kandungan maklumat palsu itu sebulan lebih awal. 
“Bila saya dapat mesej ni, anak saya maklumkan dia pun
pernah terima mesej sama sebelum ni. Nasib baik dia tak tuntut apa-apa,”
katanya. 
Katanya, perkara itu diceritakan kepada seorang rakannya dan
secara kebetulan anak rakannya itu turut menerima kandungan pesanan yang hampir
sama dengan menggunakan nama syarikat telekomunikasi terbabit. 
“Mengikut mesej terbabit anak rakan saya terpilih pemenang
hadiah ketiga dengan memenangi wang tunai berjumlah RM9,000.  Pihak itu juga tunjukkan cara-cara bagaimana
tuntut hadiah, tetapi apa yang diarahkan itu amat meragukan,” katanya. 
Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama golongan
remaja dinasihatkan agar tidak terpedaya. 

“Modus operandi mereka berubah-ubah. Kalau dulu, mereka guna
nama stesen minyak guna SMS, sekarang guna WhatsApp kononnya daripada syarikat
telekomunikasi,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel