Connect with us

Berita Lain

“Tiada Bayaran Untuk Jumpa Trump” – PM


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan
Malaysia tidak memberi sebarang bayaran untuk menemui Presiden Amerika Syarikat
(AS), Donald Trump di White House, bulan lalu.
Kata Najib, lawatannya ke Washington pada September atas
jemputan Trump sendiri, tidak sama dengan amalan “pendahulunya” yang menemui
Presiden AS ketika itu, George W Bush.
“Sebagai tambahan, saya jelaskan jemputan Trump dibuat atas
urusan kerajaan.
“Saya tidak perlu bayar apa-apa untuk jemputan
tersebut…pendahulu saya melakukan perkara tersebut untuk dapatkan jemputan dari
Bush,” katanya dipercayai merujuk lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke AS pada
2002.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tidak amalkan kaedah itu. Pendahulu saya diterima oleh
pembangkang sekarang,” kata Najib dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat
hari ini.
Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail yang bertanyakan sama ada kerajaan menukar dasar luar yang
mesra AS.
“Kita bukan menukar dasar luar negara. Dasar luar negara
kita memang berasas kepada soal prinsip, kita tidak ubah ikut keadaan dan
situasi.
“Kita tidak buat U-turn…ada pihak lain suka buat U-turn…dulu
tidak setuju, sekarang setuju.
Biasanya ini dibuat oleh pembangkang, tapi kita konsisten,
boleh semak dasar luar negara kita.
“Kita istiqamah konsisten sepanjang masa, walaupun dalam apa
jua keadaan, kita tetap pertahan prinsip kedaulatan negara dan nasional,” kata
Najib.
Pada 16 September lalu, Najib dilaporkan berkata, Dr.
Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan menemui Bush melalui seorang
pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.
Keesokannya, anak Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dipetik The
Star berkata, ayahnya yang juga timbalan menteri dalam negeri ketika itu pernah
membantu Dr. Mahathir mengatur pertemuan dengan Bush di White House dengan
membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.
Megat Fairouz Junaidi berkata, inisiatif untuk mengadakan
mesyuarat itu bermula April 2001, di mana ayanya menemui orang tertentu,
termasuk membayar pelobi, untuk memastikan pertemuan itu menjadi kenyataan.
Dr. Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan beliau membayar
sejumlah wang kepada pelobi AS bagi tujuan mendapatkan slot perjumpaan dengan
Bush seperti didakwa Najib.
Sebaliknya, beliau berkata, kunjungan ke White House tidak
pernah menjadi agenda utamanya, menyebabkan beliau hanya melawat AS pada 1984,
3 tahun selepas menjadi perdana menteri.
Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa delegasinya tidak
menetap di Blair House, Najib berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan remeh
itu.
“Soalan-soalan itu terlalu remeh… Walaupun saya tidak duduk
di Blair House, tetapi saya ada jemputan main golf dengan Trump. Trump juga
hantar saya sampai ke kereta.
“Kita tidak payah sebut perkara ini, ini bukan soal dasar,
tapi nak pentingkan soal dasar kita tetap dapat penghormatan tinggi dari
pentadbiran AS,” katanya.
Pemimpin pembangkang sebelum ini membangkitkan kos
penginapan Najib di Hotel Trump International yang didakwa menelan belanja
besar disebabkan harga bilik di hotel berkenaan yang mahal.

Mereka berkata, sebagai tetamu rasmi kerajaan AS,
kebiasaannya mereka akan ditempatkan di Blair House, bukannya hotel milik
presiden AS itu. – FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel