Connect with us

Berita Lain

Ustaz Wan Ji Ditahan Lepas Solat Jumaat Kerana Kes Hasut


BUTTERWORTH – Pegawai Penerangan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Hussin ditahan oleh sepasukan anggota
polis dari Bukit Aman kira-kira pukul 2.45 petang Jumaat.
Bekas aktivis PAS yang kemudian
berpaling tadah menyertai PKR itu berjaya dicekup pihak polis yang hanya
berpakaian preman dan menunggunya selepas solat Jumaat di luar Masjid
Sembilang, Seberang Jaya di sini.
Difahamkan, Wan Ji, 35, yang pernah
menggemparkan umat Islam apabila mendakwa Muslim boleh belai anjing; selepas
itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda
untuk tindakan selanjutnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Media tempatan melaporkan menurut
sumber, tangkapan bekas pendakwah yang juga Ketua Biro Agama PKR itu dibuat
sekoran satu laporan polis terhadap beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini
berhubung satu isu sensitif.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau
Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi media mengesahkan penahanan
berprofil tinggi tersebut. Ujar beliau lagi, Wan Ji kini disiasat polis
mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Aktivis Pakatan Harapan itu pernah
ditahan pihak polis di bawah akta sama pada 10 September 2014 ketika berada di
kediamannya di Shah Alam, Selangor kerana mengeluarkan beberapa kenyataan jelik
yang berbaur kontroversi.
Ia berkaitan isu agama Islam dan
institusi diraja termasuk kenyataannya lantang mengkritik tindakan Kementerian
Dalam Negeri yang bertegas melarang penggunaan kalimah Allah dalam ayat kitab
Bible versi Bahasa Melayu.
Wan Ji turut disiasat polis pada ketika
itu ekoran temubual dengan portal propembangkang The Malaysian Insider, apabila
mendakwa kononnya sultan tidak boleh dilantik menjadi ketua agama Islam di
negeri masing-masing.
Anak kelahiran Kelantan itu dilantik
sebagai pegawai penerangan Lim Guan Eng pada 28 September lalu berganding bahu
dengan Penasihat Strategik Ketua Menteri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang
juga Setiausaha Agung PKR.
Beliau ditugaskan sebagai jentera
propaganda kerajaan DAP untuk menangkis pencerahan perang saraf UMNO berhubung
tindakan pihak berkuasa Pulau Pinang berjaya ‘menindas’ masyarakat minoriti
Melayu di negeri itu.
Wan Ji yang sering ‘dikutuk’ umat Islam
merupakan lulusan Ijazah Sarjana dalam Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,
Mesir dan Doktor Falsafah Kesusasteran di Universiti Malaysia Kelantan.
— AGENSI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel