Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Boleh Bawa Maut!


“ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau
remaja berkenaan mendapat serangan strok,” kata Timbalan Ketua Kluster
Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr
Mohd Taib Dora.
Beliau mengulas aksi video ‘mati 5 saat tekan dada’
dilakukan tiga remaja yang tular di media sosial hari ini dan menyifatkannya
sebagai gurauan yang keterlaluan kerana boleh membawa maut, lapor My Metro.
Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang remaja
lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan
sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.
Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak
belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja
yang sedang bersandar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba
rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa
apabila remaja pertama tersedar daripada ‘kematian’.
Mengulas lanjut, Mohd Taib berkata, remaja berkenaan boleh
maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.
“Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh
mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja
terbabit lumpuh.
“Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi
jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian,”
katanya.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel