Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Enam Lelaki Bergaduh Selepas Kenderaan Terbabit Kemalangan

Viral di media sosial video enam lelaki bergaduh selepas kemalangan berhampiran pusat beli-belah IOI Mall. – Foto: The Reporter


PUCHONG – Viral di media sosial video enam lelaki bergaduh
selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya
Damansara Puchong, berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall, Puchong, semalam,
lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 1.15 petang semalam, berlaku kemalangan
yang membabitkan kereta Proton Satria Neo dengan Toyota Vios lalu menyebabkan
pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad
Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu
terus mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi
kejadian.

“Semasa anggota tiba di lokasi, didapati berlaku pergaduhan
antara pemandu kenderaan terbabit dan anggota mengarahkan supaya mereka
bersurai tetapi mereka enggan mematuhi arahan polis.
“Malah, pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak
masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan dengan laju serta melanggar
kereta Toyota Vios terbabit.


“Kejadian turut menyebabkan kereta MPV polis yang
berada di belakang kereta Toyota Vios turut dilanggar akibat rempuhan kuat
itu,” katanya.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan enam suspek
berusia 40-an dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Serdang untuk tindakan lanjut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel