Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Tindakan Pantas Budak Lelaki 12 Tahun, Penyelamat Diri Daripada Diculik



Tindakan pantas budak lelaki berusia 12 tahun mengayuh
basikal ke rumah jiran menyelamatkan dia daripada kemungkinan diculik beberapa
lelaki yang menaiki van putih di Taman Ayer Panas, Setapak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 11.41 pagi itu, Alang, 12 (bukan nama
sebenar) baru pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah
Rendah Agama (PSRA) dan video kejadian berkenaan tular di laman sosial hari
ini.
Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati dengan kehadiran van
putih yang diparkir berhampiran rumahnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa
seperti ada sesuatu menghampiri menyebabkan saya mengayuh basikal ke tempat
yang ada orang.
“Saya perasan van itu mengekori saya hingga ke simpang
menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah,” katanya
ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Menurut Alang, ibunya sering berpesan supaya mengambil
langkah keselamatan jika ada sesiapa yang mengekorinya.
“Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan
adik-beradik lain balik sekolah untuk pastikan kami selamat.
“Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk
larikan diri ke tempat selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak kenal
ikut,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Nur, 42 (bukan nama sebenar) berkata,
sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur
mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
“SAYA hanya memikirkan keselamatan anak saya. Sebaik
melihat melalui CCTV (kamera litar tertutup) anak saya tidak jadi masuk ke
rumah dan van putih itu mengundur, saya terus berlari keluar,” katanya
“Dalam kejadian 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang
pulang ke rumah sambil memerhatikan CCTV. Saya menyedari kemuculan van putih
itu namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Bagaimanapun, setiba Alang di pintu pagar rumah,
tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderaan
menghampiri Alang,” katanya.
Menurutnya, cemas melihat keadaan itu, dia terus keluar
rumah untuk mendapatkan anaknya.
“Saya keluar dan lihat Alang sudah tiada manakala van
putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.
“Takut jadi apa-apa kepada Alang saya ambil bayi di
dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang patah balik ke
rumah kira-kira lima minit kemudian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy
Suhaimi Sarif ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai
kejadian berkenaan dan siasat sedang dijalankan. – My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel