Connect with us

Berita Lain

Wanita Tertua Berusia 128 Tahun Meninggal Dunia


REMBAU: Wanita dipercayai tertua di negara ini, Safiah
Ujang, meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 128 tahun, di rumahnya di
Kampung Seberang Batu Hampar di sini, hari ini.
Cucunya, Mohammad Hafiz Abdul Ghani, 29, berkata wanita yang
dilahirkan pada 11 Februari 1889 itu, menghembuskan nafas terakhir di sisi
keluarga jam 12 tengah hari tadi, lapor 
Berita Harian.
“Arwah sebelum ini menghidap sakit tua, kanser usus dan
kesihatannya merosot mendadak sejak tiga minggu lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejak semalam, dia tidak boleh menelan makanan pejal
dan hanya makan buah yang lembut seperti limau dan mangga, selain minum susu
sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohammad Hafiz berkata, arwah yang meninggalkan seorang anak
tunggal, Abdul Ghani Daud, 74, enam cucu serta 30 cicit 30 akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Batu Hampar di sini, hari ini.
Dia berkata, neneknya tidak pernah menerima surat rasmi
mengiktirafnya sebagai wanita paling tua di Malaysia, tetapi perkara itu
dimaklumkan secara lisan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri
Sembilan yang berkunjung ke rumahnya beberapa bulan lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel