Connect with us

Berita Lain

22 Termasuk Wanita Vietnam Bergelar Datuk Ditahan SPRM


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menahan 22 warga tempatan dan asing kerana terlibat dalam pencerobohan nelayan
asing di perairan negara, termasuk seorang wanita Vietnam bergelar “Datuk”.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata
kesemua tangkapan dibuat dalam operasi besar-besaran semalam di Pahang,
Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Beliau menambah antara individu itu, 6 merupakan penjawat awam
dari Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) manakala seorang bertugas di
Jabatan Perikanan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut ditangkap ialah 9 warga tempatan yang bersubahat
dengan nelayan asing untuk memasuki perairan negara, dan 7 warganegara Vietnam,
termasuk seorang wanita bergelar Datuk.

Beliau berkata sisatan SPRM dengan kerjasama APMM turut
merampas wang rasuah berjumlah RM1.9 juta dan membekukan 44 akaun bank
berjumlah RM2 juta.

SPRM menangkap 9 di Pahang, 3 di Terengganu, 4 di Sarawak, 5
di Sabah dan satu di Labuan.

“SPRM memandang serius tangkapan warga tempatan yang
dipercayai menyalahgunakan permit yang diperolehi, dengan memberi permit itu
untuk nelayan asing dari Vietnam masuk ke perairan negara.

“Satu permit dipercayai dijual antara RM50,000 hingga
RM100,000,” katanya pada sidang media Ops Armada di ibu pejabat SPRM.

Dzulkifli berkata SPRM dengan kerjasama APMM melancarkan Ops
Armada yang merupakan satu operasi bersama menerusi pendekatan National Blue
Ocean Strategy (NBOS) bagi membongkar isu pencerobohan nelayan asing di
perairan Malaysia.

Beliau berkata berdasarkan statistik APMM antara 2006 dan awal
November lalu, sebanyak 1,063 bot nelayan asing bersama 8,898 kru termasuk
warga Vietnam, Thailand dan Indonesia ditahan.

Daripada jumlah itu, bot Vietnam mencatatkan bilangan
tertinggi dan jumlah bot yang ditahan adalah sebanyak 605 buah, diikuti Indonesia
(335), Thailand (100), Filipina (9), China dan Singapura masing-masing 6 buah,
manakala Brunei dan Taiwan masing-masing sebuah bot.

Beliau berkata kesemua individu yang ditangkap akan dibawa
untuk mendapatkan perintah reman oleh mahkamah.

– FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel