Connect with us

Berita Lain

4 Sekawan Dipenjara 15 Tahun Kerana Rogol


JOHOR BAHRU – Empat sekawan dihukum penjara 15 tahun oleh
Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang
remaja perempuan secara beramai-ramai, dua tahun lepas.
Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap
Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 21, Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 21, Muhammad
Saiful Fauzi, 20, dan Muhammad Azlan Md Lazan, 21, selepas mendapati pihak
pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap
pembelaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seorang lagi tertuduh, yang merupakan pesalah juvana berusia
18 tahun, turut didapati bersalah, namun mahkamah menetapkan 5 Dis ini sebagai
tarikh sebutan semula untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan
akhlak.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka bersama-sama seorang
lagi yang masih bebas, didakwa secara berkumpulan merogol seorang remaja
perempuan berusia 14 tahun di sebuah tandas awam taman rekreasi di Taman Setia
Tropika, Kempas, di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 30
Sept 2015.
Berikutan itu, pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut
Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang 
membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun
manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Hussin Othman.
Sepanjang perbicaraan berlangsung antara Januari 2016 hingga
September lepas, seramai 16 saksi pendakwaan dan pembelaan telah dipanggil.
Difahamkan, pegawai penyiasat kes, Inspektor Intan Maslindah
Abdul Azias kini sudah menyenaraikan seorang suspek yang masih bebas dalam
kejadian itu sebagai individu yang dikehendaki polis berikutan masih gagal
dikesan.
Suspek itu hanya dikenali sebagai Nabil dan diminta untuk
menyerah diri kepada polis. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel