Connect with us

Berita Lain

7 Kematian Akibat Banjir Di Pulau Pinang


Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir berikutan angin kuat
dan hujan lebat lebih 15 jam bermula 2 petang semalam dan disifatkan sebagai
yang terburuk dalam sejarah.
Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang
baru-baru ini, kerajaan negeri melaporkan negeri ini menghadapi 119 kali banjir
kilat sejak 2013 hingga 15 Oktober tahun ini dengan 21 kali pada tahun ini.
Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan
sehingga 5 pagi ini menyebabkan Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan
ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir selain
turut menyebabkan ratusan pokok dan kenderaan.
Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki
air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan
menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan fenomena air
pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kejadian banjir itu turut menyebabkan kematian empat warga
emas yang lemas dalam kejadian banjir dan seorang warga Bangladesh yang maut
dihempap pokok manakala rakan senegaranya dipercayai masih hilang.
Setakat pukul 6 petang, seramai 3,365 mangsa banjir di Pulau
Pinang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di lima daerah di
negeri ini dan daerah Seberang Perai Utara (SPU) disifatkan sebagai kawasan
paling teruk terjejas akibat banjir.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata kawasan Seberang Perai Tengah
(SPT) mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,974 orang di 25 pusat
pemindahan di daerah berkenaan manakala SPU (829 orang), Seberang Perai Selatan
(25), Barat Daya (290) dan Timur Laut melibatkan 247 mangsa.
Kejadian banjir itu turut mengakibatkan sebuah feri di
Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth mengalami sedikit kerosakan
akibat dipukul ombak setinggi tiga meter di kawasan itu sehingga melanggar
bahagian W6 dermaga air dalam.
Bagaimanapun, feri tersebut dijangka beroperasi esok.

Lalu lintas di beberapa kawasan turut mengalami kesesakan
antaranya George Town, Batu Ferringhi dan Tanjung Tokong disebabkan pokok
tumbang yang menghalang lalu lintas dan hanya satu jalan sahaja dibuka untuk
kenderaan.
Kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang tumbang akibat
angin kencang sedang giat dijalankan dan polis turut mengawal lalu lintas bagi
mengelak kesesakan.

Selain itu, Rapid Penang turut menghentikan sementara
operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau
dan tanah besar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata 13
laluan bas di bahagian pulau dihentikan membabitkan kawasan Kebun Bunga, Teluk
Bahang, Komtar, Pengkalan Weld, Tanjung Bungah, Bukit Bendera, Paya Terubong
dan Balik Pulau dan satu laluan di bahagian Seberang Perai iaitu laluan bas
Bukit Mertajam-Taman Pelangi turut diberhentikan operasi.
‘Tidak bercadang isytihar darurat’
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan
negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini kerana
keadaan terkini masih terkawal.
Beliau berkata darurat hanya akan diisytihar oleh kerajaan
negeri selepas rundingan dan atas nasihat kerajaan persekutuan.
Terdahulu, Lim ketika mengadakan lawatan ke kawasan terjejas
awal pagi ini meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi untuk menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi
membantu mangsa-mangsa banjir.


“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat,
air sampai 10 hingga 12 kaki lepasi bumbung di Pulau Pinang. Pulau Pinang minta
bantuan daripada ATM. Saya berjaya hubungi Timbalan Perdana Menteri, terima
kasih kerana angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi dan beliau berjanji akan
menghantar pasukan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyatakan
amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan pada petang semalam bagi negeri
Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sebelum ditingkatkan ke peringkat merah
ekoran hujan semakin lebat menjelang tengah malam.

Bagaimanapun, tahap amaran hujan lebat itu telah diturunkan
kembali kepada kategori jingga mulai hari ini berikutan kawasan tekanan udara
rendah dikesan semakin lemah. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel