Connect with us

Berita Lain

Asean Mahu Korea Utara Lucutkan Program Senjata Nuklearnya


MANILA, 14 Nov — Para pemimpin ASEAN yang bimbang dengan
situasi di Semenanjung Korea menggesa Korea Utara untuk melucutkan program
senjata nuklear sepenuhnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan
pada Selasa berkata mereka juga mahu Korea Utara untuk kembali semula ke meja
rundingan bagi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak
ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berakhir hari ini, berkata
kebimbangan itu disuarakan beliau dan pemimpin lain semasa Sidang Kemuncak
ASEAN-Korea Selatan yang dihadiri oleh Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada
Isnin.
Dari segi ekonomi, Najib berkata pemimpin ASEAN telah
menekankan bahawa usaha dan kerjasama jitu perlu ditingkatkan bagi memastikan
sasaran nilai perdagangan US$200 bilion antara Korea dan ASEAN dapat dicapai
menjelang tahun 2020.
“Para pemimpin turut menyentuh mengenai potensi untuk
meningkatkan integrasi ekonomi antara mereka setelah perjanjian FTA ASEAN-Korea
Selatan dapat dimuktamadkan,” katanya.
Berhubung pertemuan dua hala beliau dengan rakan sejawatnya
dari Jepun, Shinzo Abe yang berlangsung di sini Ahad, Najib berkata kedua-dua
mereka telah membincangkan beberapa perkara, termasuk projek Kereta Api
Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR).
Perdana menteri berkata beliau telah memberitahu Abe bahawa
Malaysia akan membuka tender untuk pihak-pihak yang berminat untuk membida dan
ia akan mempertimbangkan bidaan tersebut secara menyeluruh.
Proses pengambilan tanah projek itu bermula 1 Nov, sekali
gus membuka jalan bagi proses pembidaan yang dijangka bermula menjelang akhir
tahun ini.
Projek infrastruktur sepanjang 350 kilometer itu dijangka
menarik pembida antarabangsa bagi merebut projek kereta api laju melintas
sempadan yang pertama di Asia Tenggara, yang telah ditandatangani antara
Malaysia dan Singapura Disember tahun lalu.
Najib juga berkata mereka ada membincangkan kerjasama di
dalam industri halal, dan Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan
Jepun terhadap sumbangan dua kapal kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia.
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel