Connect with us

Berita Lain

Azmin Pertahankan Arahan Henti Langgan Utusan, Berita Harian


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali mempertahankan tindakan kerajaan negeri pimpinannya yang mengarahkan semua
jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar
kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Berkata dalam sidang DUN hari ini, Azmin menegaskan tindakan
itu wajar dilakukan kerana tidak ada keperluan untuk Selangor melanggan akhbar
milik Umno yang didakwanya tidak mempunyai nilai berita serta tidak melaporkan
secara telus. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Azmin malah turut memetik kenyataan bekas Editor Kumpulan
New Straits Times Press (NSTP) Mustapha Kamil Mohd Janor, yang menempelak Tan
Sri Annuar Musa dengan meminta Ketua Penerangan Umno itu bertanyakan kepada
ahli Umno terlebih dahulu mengapa mereka tidak menyokong akhbar milik parti
sendiri. 
“Mustapha persoalkan sokongan ahli Umno terhadap akhbar
Utusan dan akhbar NSTP. Eloklah tanya ahli Umno dahulu kenapa mereka tak sokong
akhbar mereka sendiri.
“Kalau ahli Umno pun tak sokong utusan dan NSTP, buat
apa kerajaan negeri mahu melanggan akhbar yang tak ada nilai langsung.
“Ini wang kerajaan, wang pembayar cukai…tak perlu
kita langgan akhbar yang tak ada nilai berita langsung…yang ada fitnah, putar
belit, kecaman tak berasas, sekarang ini orang Melayu tak baca utusan. Ahli
umno pun tak langgan utusan,” kata ADUN Bukit Antarabangsa itu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan
ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang mempertikaikan ketelusan dalam
menyalurkan maklumat kepada penjawat awam negeri di sebalik tindakan kerajaan
negeri menghentikan langganan akhbar berkenaan.
Selangor pada 9 November lalu mengeluarkan pekeliling
mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri
menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita
Harian berkuat-kuasa serta-merta.
Arahan tersebut mengundang kritikan daripada pemimpin Umno,
termasuk Annuar yang menyifatkan arahan itu membuktikan Selangor tunduk kepada
pengaruh DAP, selain ia memberi gambaran yang buruk terhadap pentadbiran Azmin.
Kenyataan Annuar itu dibidas Mustapha dengan memintanya
bertanya kepada ahli Umno dahulu mengapa mereka tidak menyokong akhbar mereka
sendiri.
Sidang dewan mula kecoh apabila Budiman kemudian bangun
mencelah dan membidas Azmin sehingga menyebabkan sidang DUN kecoh seketika
ekoran petikaman lidah di antara kedua-dua pemimpin berkenaan.
Speaker, Hannah Yeoh terpaksa campur tangan bagi meleraikan
pertelingkahan berkenaan, sambil mengingatkan setiap ADUN untuk berlaku jujur
ketika bertanyakan soalan tambahan.
“Kalau tanya soalan tapi tak nak dengar jawapan, ini
yang buat saya marah,” katanya sambil meminta Azmin meneruskan jawapannya.
Dalam pada itu Azmin menafikan bahawa arahan sedemikian
adalah cubaan untuk menyekat penjawat awam negeri mendapat akses kepada berita
atau maklumat.
“Dalam negara yang amalkan demokrasi, saya mahu rakyat
Selangor ada akses kepada kepada ilmu yang beri pencerahan kepada mereka, tapi
pencerahan yang saya maksudkan adalah pencerahan berasaskan fakta, bukan
fitnah, budaya samseng.
“Saya tak benarkan mana-mana jabatan dan agensi
kerajaan langgan akbar yang tak ada nilai berita,” katanya.
Azmin juga menafikan surat pekeliling kali kedua bertarikh 9
November itu dikeluarkan ekoran agensi dan jabatan kerajaan negeri mengingkari
surat pekeliling pertama pernah dikeluarkan 2008.
“Bukan kita tak hormati keputusan 2008, tapi kita mahu
beri peluang kepada Utusan untuk insaf,” sindir beliau, sambil merujuk
kepada pekeliling pertama bertarikh 12 Jun 2008.

– Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel