Connect with us

Berita Lain

Bajet 2018: Kelompangan Cukup Besar – Anwar



SHAH ALAM – Bajet 2018 yang digelar sebagai ‘ibu segala
bajet’ didakwa  memiliki kelompangan
cukup besar apabila gagal menunjukkan bagaimana kerajaan mampu mengimbangi
antara perbelanjaan dan pendapatan.

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, pelbagai janji telah ditabur untuk memperdaya rakyat supaya menyokong
BN pada PRU14.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanakah kerajaan ini akan menepati janji-janji bajet
yang dibentangkan, walhal ia belum menunjukkan bagaimana pendapatan kerajaan
akan ditambah.
“Ini langsung tidak ditunjukkan dalam mana-mana bahagian
bajet ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkannya sebagai ‘ibu segala bajet’.
Najib memaklumkan, belanjawan kali ini mencipta sejarah
sebagai bajet paling inklusif pernah dipersembahkan.
Sementara itu, Anwar dalam kenyataan sama juga tidak menolak
beberapa cukai baharu atau peningkatan dan perluasan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas rakyat.
“Sekiranya BN menang PRU14, saya yakin mereka akan segera
mengumumkan cukai-cukai baru atau peningkatan cukai GST.

“Rakyatlah yang akan menderita dan yang akan menanggung
beban ini bagi membolehkan parti BN melaksanakan segala janji yang dibuat di
dalam bajet ini,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel