Connect with us

Berita Lain

Bekas Setiausaha Bersatu Cabar Mukhriz Berdebat

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kamarul Azman Habibur Rahman. – Foto: TheMalaysianTimes

SHAH ALAM – “Ayuh Mukhriz, debat dengan saya jika anda
mempunyai kebolehan sendiri tanpa perlu bergantung kepada Tun Dr Mahathir
Mohamad,” cabar bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Kamarul Azman Habibur Rahman.

Beliau berkata, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diajak duduk
sepentas dengannya dan berdebat secara terbuka supaya rakyat Malaysia tahu
adakahTimbalan Presiden Bersatu itu dan partinya memperjuangkan Malaysia yang
lebih gemilang.
“Anda tidak perlu lari dan berselindung di belakang ayahanda
tercinta yang sentiasa memberi talian hayat. Sahutlah cabaran untuk berdebat
dengan saya pada hari Jumaat, 17 November ini jam 9 malam,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, dalam usaha melahirkan budaya politik yang lebih
sihat, Mukhriz dipelawa meraikan perbezaan pendapat ,selagi ia berteraskan
hujah dan kebenaran sebenar.
“Saya berpendapat, pemimpin boleh berdebat secara ilmiah
walaupun berasal daripada parti atau pandangan politik berlainan. Anda
(Mukhriz) ada 72 jam untuk menyahut cabaran ini,” katanya.
Kamarul berkata, diskusi pertama dilakukan pada 10 November
lalu, di mana masyarakat dapat memahami apa yang berlaku di belakang tabir dan
apa diperjuangkan.
April lalu, Kamarul Azman secara rasmi mengisytiharkan keluar
dari Bersatu berkuat kuasa serta merta kerana mendakwa parti itu mengamalkan
kronisme dan pilih kasih.

Beliau juga mendakwa Bersatu tiada hala tuju sebenar tetapi
hanya memfokuskan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel