Connect with us

Berita Lain

Beli Tiket RM10 Berpeluang Jumpa Rajinikanth


KUALA LUMPUR — Dengan membeli tiket berharga
hanya RM10, orang ramai berpeluang bertemu bintang filem India, Rajinikanth dan
Kamal Hassan dalam satu program khas yang menghimpunkan artis-artis terkenal
dari negara berkenaan.
Program dikenali sebagai ‘Natchathira Vizha 2018’
itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Jan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents
International, Shahul Hameed Dawood berkata harga tiket  yang rendah antara RM10 dan RM30 itu adalah
bagi memberi peluang kepada peminat di negara ini, hadir ke majlis bakal
menghimpunkan lebih 300 artis terkemuka dari India Selatan itu melibatkan
pelakon, penyanyi dan  pengarah muzik
filem Tamil, selain penglibatan artis India tempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Nachathira Vizha 2018 merupakan pesta artis yang
menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak
oleh artis India serta artis tempatan,” katanya kepada Bernama.
Beliau menjangkakan lebih 30,000 peminat tanah air
akan hadir memeriahkan acara tersebut.
Shahul Hameed menjelaskan acara melibatkan artis
India yang terbesar di Asia itu akan mengeratkan hubungan antara artis dari
India dengan artis tempatan serta mewujudkan platform bagi artis negara ini
untuk bergerak ke peringkat antarabangsa dalam bidang  hiburan.

Selain barisan pelakon terkenal India seperti
Surya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Nayanthara, Tamanna,
Mohal Lal, Nagarjuna dan Mammooty, enam pengarah muzik terkenal — Harris
Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman
serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan
Chinmayee akan turut memeriahkan majlis tersebut.
Acara mega itu dianjurkan Persatuan Artis India
Selatan dengan kerjasama MyEvents International serta mendapat sokongan
sepenuhnya oleh Malaysia Major Events, anak syarikat di bawah Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel