Connect with us

Berita Lain

Berang Terlalu Banyak Tanya, Lelaki Jadi Mangsa Amuk Pekerja Bengkel Kereta


KAJANG: Seorang lelaki yang mengesyaki beberapa komponen
keretanya hilang di sebuah bengkel dekat sini diserang gara-gara terlalu banyak
bertanya mengenai perkara itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah
berkata lelaki berusia 35 tahun yang juga pemilik kereta terbabit meninggalkan
keretanya untuk dibaiki di sebuah bengkel di Simpang Balak, Julai lalu, lapor mStar Online.

“Akibat kekangan kewangan, dia terpaksa membiarkan
kereta itu di bengkel tersebut kerana tidak dapat membayar kos baik
pulih,” kata Mohd Sabri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun, apabila mangsa kembali ke bengkel tersebut untuk
bertanya mengenai keretanya pada 15 November lalu, dia menyedari beberapa
komponen dan aksesori keretanya hilang dipercayai dicuri.

Dia bertanya kepada salah seorang pekerja bengkel sebelum
diserang menggunakan parang.

“Suspek kemudian mengambil parang dan melibas tangan
kiri mangsa,” kata Mohd Sabri.

Pemilik kereta itu menerima beberapa jahitan di bahagian
tangannya yang cedera dan membuat laporan polis.

Polis menahan pekerja bengkel tersebut pada Jumaat dan
merampas parang yang digunakan untuk mencederakan mangsa.

Walaupun suspek disahkan negatif dadah, dia mempunyai rekod
jenayah lampau atas kesalahan dadah.
Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk memohon perintah
tahanan reman pada Sabtu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel