Connect with us

Berita Lain

Bersatu Mungkin Tidak Dapat Sertai PRU14

Surayati (tengah) bersama Pengarah SPRM Terengganu, Mohd
Zaki Hassan dan Pengarah ROS Terengganu, Mohd Mufsi Lat dan 200 wakil
pertubuhan berdaftar ketika Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Persatuan Bersama ROS di sini, hari ini.
KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
mungkin tidak dapat menyertai PRU14 sekiranya masih gagal mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan (AGM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati
Ibrahim berkata, pertubuhan yang diluluskan sejak lebih setahun itu telah
melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 kerana gagal mengadakan
AGM yang sepatutnya diadakan dalam tempoh setahun selepas ia ditubuhkan.
Menurutnya, walaupun pihaknya ada menerima permohonan
penangguhan AGM, ia sebenarnya tertakluk kepada perlembagaan parti itu sendiri
yang perlu mengadakan mesyuarat itu dalam tempoh tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bersatu diluluskan sejak lebih setahun lalu (September
2016), kalau ikutkan perlembagaan, mereka kena ada AGM. Alasan bahawa kelemahan
dari segi struktur dalaman parti bukan masalah kita.
“Sepatutnya mereka perlu bersedia, jangan beri pelbagai
alasan berkenaan masalah parti, ia perlu diselesaikan segera supaya mereka
dapat buat AGM dan boleh sertai PRU,” katanya pada sidang media selepas
merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas
Rasuah (IBR) Persatuan Bersama ROS di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Surayati berkata, terdapat kemungkinan
parti itu dibubarkan sekiranya masih gagal mematuhi tempoh rayuan yang
ditetapkan.
“Memang ada kebarangkalian untuk dapat dibubarkan sekiranya
mereka tak laksanakan tanggungjawab mereka iaitu mengadakan AGM,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan Bersatu, mesyuarat
cawangan perlu diadakan dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat bahagian,
manakala mesyuarat perwakilan bahagian dalam tempoh 60 hari sebelum mesyuarat
agung dilaksanakan.
Surayati bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan
pertemuan bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pada
30 November ini untuk berbincang lanjut mengenai perkara itu.
“Perjumpaan itu untuk bincang mengenai perkara ini termasuk
tempoh rayuan dan mencari tarikh untuk AGM mereka, kita akan bincang secara
terperinci.
“Kita boleh tentukan sebenarnya berdasarkan tempoh-tempoh
yang saya sebutkan tadi, saya fikir boleh kita beri masa kepada mereka,”
katanya.
Menyentuh perkembangan mengenai sayap pemuda Angkatan
Bersatu Anak Muda (Armada), katanya, sehingga kini lebih 33 aduan diterima
berhubung penyalahgunaan istilah itu bagi jawatankuasa pemuda parti tersebut.
“Sejak kenyataan saya pada 9 November lalu, aduan makin
bertambah, bukan dari Johor sahaja, semalam ada juga aduan dari negeri Perak
dan beberapa negeri lain lagi. Kita akan teruskan siasatan kita apa yang
berlaku dalam Bersatu dan mengapa pemuda membuat aduan seperti itu.
“Setakat ini kita dah panggil setiausaha agung mereka
berdasarkan peranan besar yang dimainkan dalam parti, dan beliau telah beri
kerjasama yang baik. Ketua pemuda (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) kita belum
panggil lagi kerana akan semak sama ada sesuai atau tak untuk panggil beliau,”
katanya.
Surayati turut menyangkal dakwaan mengatakan adanya campur
tangan politik dalam perkara itu malah beliau menegaskan ia adalah isu besar
dalam sesebuah pertubuhan.
“Ini adalah isu besar, kerana sesuatu yang tiada dalam
perlembagaan dan diada-adakan adalah isu yang besar yang menyebabkan ahli
mereka berasa ditipu. Sepatutnya mereka masih gunakan pemuda (seperti parti
politik lain), kerana pindaan terhadap armada belum diluluskan lagi.
“Malahan pelaku terhadap mengapa armada digunakan perlu
diambil perhatian, siapa yang bertanggungjawab menyebabkan penggunaan istilah
armada ini berleluasa, kita tak boleh katakan bahawa keseluruhan kepimpinan itu
salah kerana ia memerlukan siasatan terperinci,” katanya.
Berdasarkan rekod, sehingga kini terdapat keseluruhan 60,000
persatuan telah didaftarkan di negara ini manakala sebanyak 6,000 lagi
dibatalkan atas kesalahan melanggar akta pertubuhan.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel