Connect with us

Berita Lain

Dah Langgar Kereta, Pegawai Polis Dan Jiran Pula Diserang


KLANG: Seorang pegawai polis terpaksa melepaskan tembakan
amaran apabila sekumpulan lelaki menyerangnya serta beberapa jiran ketika
keluar rumah memeriksa satu kemalangan kecil di TamanSri Andalas di sini malam
tadi.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, beberapa
jiran keluar dari rumah masing-masing selepas terdengar bunyi pelanggaran
berdekatan taman rekreasi kawasan perumahan itu.
“Selepas dengar bunyi yang kuat, jiran-jiran keluar
termasuk seorang pegawai polis dan mendapati sebuah kereta yang dinaiki seorang
lelaki dan wanita melanggar sebuah kereta lain yang diletakkan di tepi jalan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya dimaklumkan oleh jiran bahawa keadaan pada
awalnya tenang sahaja tambahan pula pemilik kenderaan yang dilanggar itu tiada
di rumah kerana pulang ke kampung,” katanya kepada pemberita ketika
ditemui, di sini, hari ini.
Beliau berkata, keadaan menjadi tegang apabila tiba-tiba
sekumpulan lelaki datang dan memukul pegawai polis serta jiran yang berada di
tempat kejadian sehingga pegawai berkenaan terpaksa melepaskan tembakan amaran.
“Saya percaya kumpulan lelaki itu adalah kawan kepada
pasangan berkenaan kerana sebelum itu mereka mendakwa menghadiri sebuah majlis
yang dianjurkan berdekatan kawasan berkenaan. Secara kebetulan, mereka turut
memakai baju T yang sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten
Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata empat lelaki dan seorang wanita ditahan
berhubung kejadian itu.

Beliau berkata dalam kejadian jam 9.45 malam itu, pegawai
polis berkenaan terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila
diserang suspek dan kesemua suspek melarikan diri serta turut melanggar pengadu
dan jirannya.
Pengadu dan jirannya cedera di kepala, tangan serta
pinggang.
Katanya, polis mendapatkan perintah reman suspek selama
tujuh hari bermula hari ini hingga 12 November ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 307 Kanun Keseksaan
iaitu berhimpun dan merusuh menggunakan senjata dan cubaan membunuh.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel