Connect with us

Berita Lain

Dinodai Itu Biasa, Dedah Bekas Tentera Korea Utara Yang Berpaling Tadah


SELAIN terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air
bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan askar lelaki,
dinodai pegawai tinggi juga adalah ‘normal’ untuk askar-askar wanita dalam
angkatan tentera Korea Utara.
Seorang bekas tentera yang telah berpaling tadah berkata, ramai askar
wanita yang berkhidmat dalam angkatannya ‘berhenti datang bulan’.
Lee So Yeon mengatakan beliau tidur dalam keadaan tidak selesa selama 10
tahun bersama berpuluh-puluh askar wanita lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kata So Yeon, wanita sentiasa dikenali sebagai golongan yang
mementingkan kebersihan diri tetapi fasiliti di kem-kem tentera ‘menyedihkan’.
“Sebagai wanita, salah satu perkara yang kami terpaksa hadapi
adalah gagal mandi dengan sempurna,” kata So Yeon dipetik laporan BBC.
“Ini kerana tiada air panas. Mereka sambungkan paip ke air dari
bukit. Kadang-kadang katak dan ular keluar dari paip,” jelasnya.
Anak kepada seorang profesor di sebuah universiti, So Yeon, 41, terpaksa
berkhidmat dalam angkatan tentera akibat krisis kebuluran.
Kata So Yeon, berkhidmat dalam angkatan tentera ‘menjanjikan’ makanan
untuk anggota-anggota dan dirinya.
“Kebuluran menyebabkan wanita terdedah kepada ancaman,” kata
pengarang buku North Korea’s Hidden Revolution, Jieun Baek.
“Ramai wanita terpaksa menyertai tentera dan lebih ramai lagi
dilayani dengan salah, antaranya menghadapi penderaan dan gangguan seksual.
Kata Jieun, pendedahan oleh So Yeon sama dengan testimoni-testimoni dari
anggota tentera lain yang telah berpaling tadah.
So Yeon mengatakan, latihan dan jadual pemakan ketat
menyebabkan badan rekrut wanita menjalani perubahan.
“Selepas enam bulan sehingga setahun dalam perkhidmatan,
kami tidak lagi mengalami menstruasi kerana tidak cukup zat dan persekitaran
yang tertekan.
“Ramai askar wanita kata mereka bersyukur kerana tidak
datang bulan. Mereka kata begitu sebab, kalau mereka datang bulan, keadaan akan
menjadi lebih teruk untuk mereka,” terang So Yeon.
Lebih menjijikan, So Yeon dan askar wanita lain pernah
terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama berulang kali kerana tentera tidak
menyediakan kemudahan yang sepatutnya.
Jieun mengatakan gangguan seksual ‘terlalu meluas’ dalam
angkatan tentera.
So Yeon mengatakan beliau tidak pernah dinodai, tapi ramai
rakannya pernah mengalaminya.
“Komander kompeni akan dinodai askar wanita dibawah
pimpinannya. Ini akan terjadi berulang-ulang kali tanpa pengakhiran,” kata
So Yeon.
Seorang lagi pengarang, Juliette Morillot mengatakan tidak
ramai askar wanita mahu mengaku dinodai, jadi pelakunya sentiasa akan terlepas.
Morillot menambah, segala penindasan yang berlaku terhadap
askar wanita adalah kerana unsur patriarki yang berleluasa dalam angkatan
tentera Korea Utara.
Patriarki juga menyebabkan askar wanita disuruh melakukan
lebih banyak kerja berbanding askar lelaki.
Unsur patriarki adalah keadaan dimana golongan wanita
dipandang rendah oleh golongan lelaki dan ditindas secara terbuka.
“Keganasan domestik masih diterima dan tidak dilaporkan
(di Korea Utara) dan ianya situasi sama dalam angkatan tentera,” jelas
Morillot.
So Yeon sebelum ini bertugas sebagai seorang sarjan di
sempadan Korea Utara-Korea Selatan dan meninggalkan angkatan tentera ketika
berusia 28 tahun.
Pada 2008, beliau membuat keputusan untuk melarikan ke Korea
Selatan dan beliau ditangkap dan dipenjara setahun selepas tertangkap dalam
percubaan pertamanya.
Cubaan kedua So Yeon berlaku sejurus selepas beliau
dibebaskan dimana beliau berenang melalui sungai Tumen dan menyeberangi Chia.
Di sempadan, beliau bertemu seorang broker yang memindahkan
beliau ke Korea Selatan melalui China.

– Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel