Connect with us

Berita Lain

Doktor Keluarkan 48 Paku Dari Perut Lelaki


Tasikmalaya (Indonesia): Seorang lelaki terpaksa menjalani
pembedahan di sebuah hospital di sini selepas dia menelan berpuluh-puluh paku
sejak dua bulan lalu.
Wawan Gunawan, 44, dibawa keluarganya ke hospital pada Rabu
lalu dan segera menjalani pembedahan selepas satu paku tersembul dari perutnya.
Isterinya, Wati Karwati, 41, berkata, pada mulanya suaminya
mengadu ada bisul di perutnya dan apabila diteliti dia menemui paku yang hampir
menembusi perut lelaki itu.
“Selepas ditanya, Wawan mengaku dia memakan paku sejak dua
bulan lalu kerana ada seseorang yang menyuruh dia berbuat demikian,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, ketika dibawa ke hospital doktor terkejut
apabila imbasan X-ray menunjukkan berpuluh-puluh paku di dalam perut lelaki
itu.
Sementara itu, adik Wawan, Ani Kukmaryani, 39, memberitahu,
doktor berjaya mengeluarkan 48 paku termasuk sebatang yang dicabut kerana
menembusi perut lelaki itu.
“Semua paku itu berkarat dan ada yang panjang dan ada yang
pendek.
“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia memakan paku itu,”
jelasnya.
Menurutnya, Wawan kini berada dalam keadaan stabil dan masih
dirawat di hospital. – Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel