Connect with us

Berita Lain

Dua Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Tadahan Air


BANDAR SERI JEMPOL: “Selepas solat Asar, anak saya
minta izin memancing. Saya benarkan sebab kolam dekat dengan rumah.”
Md Nasir Jamaluddin, 55, dari Kampung Padang Lalang, Bahau,
masih tergamam dengan hakikat kehilangan dua anaknya, Ainul Batrisyah, 10, dan
Muhammad Solehudin, 6, yang lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam
tadahan air ketika memancing, petang semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bapa kepada tiga anak itu berkata, anaknya kerap memancing
di kolam terletak kira-kira 30 meter dari rumah mereka yang airnya hanya pada
paras lutut sebelum hujan lebat.
Beliau bersama isteri, Suhaini Nasuha, 37, hanya
memerhatikan dua beradik itu dari rumah.
“Lepas tak nampak kelibat anak sejam kemudian, saya
terus ke kolam.
“Bila saya nampak selipar mereka di tebing kolam, saya
terus terjun… tak fikir apa-apa dah.
“Masa nak menyelam, kaki saya tersentuh sesuatu di
dasar kolam tapi saya terpaksa naik kerana hampir lemas.
“Saya menjerit memanggil isteri dan menyuruhnya
menelefon bomba,” katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, hari
ini.
Walaupun masih dirundung kesedihan, Md Nasir reda dengan
pemergian dua beradik yang tidak banyak kerenah itu dan setiap malam tidur
bersamanya.

Anak sulungnya, Mohamad Nazseefudin, 13, kini belajar di
Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel