Connect with us

Berita Lain

[FOTO] Rahsia Tentang Pembinaan KLCC Yang Ramai Tak Tahu


Assalamualaikum,Saya nak tulis pasal KLCC. Saya ni lahir
tahun 80-an. So masa KLCC ni dibuat, saya sekolah rendah gitu.. Saya ingat lagi
macam mana suasana dan perasaan menunggu menara tu siap.
Semalam saya tengok dokumentari pembinaan dia dan terfikir2
sampai sekarang. Rasa takleh move on kalau tak share kat orang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Korang tahu tak pembinaan KLCC tu mengalami banyak masalah?
Cuba tengok senarai masalah ni, saya kutip dari dokumentari 40 minit tu:
1. Malaysia masa tu takde kepakaran bina pencakar langit. PM
request design pelik2 yang takde orang buat.
2. Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8
tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat 6 tahun sahaja.


3. Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput
dan rapuh. Mustahil nak bina menara tinggi kat situ.
4. Iklim tropika kat Malaysia ni menyebabkan banyak hujan,
LEBAT pulak tu. Simen akan basah dan mustahil nak bina bangunan besar dalam
keadaan camtu.
5. Pada tahun 90-an, Malaysia belum maju dalam industri
pembuatan keluli. Macam mana nak bina pencakar langit kalau takde batang
keluli??? Nak import dari luar pulak tak mampu.


6. Salah satu tingkat KLCC terbina dengan konkrit lembut
sebab kontraktor tak ikut spec. Bangunan takde tiang besi, guna simen lembut
pulak… agak2 apa jadi?


7. Salah satu menara KLCC tersenget. Dah bina separuh jalan
baru nampak.
8. Waktu pembinaan KLCC, berlaku serangan pengganas di
Oklahoma, Amerika. Satu trak bom diletupkan depan Alfred P. Murrah Federal
Building menyebabkan separuh bangunan tu runtuh. Yang menakutkannya ialah,
bangunan tu SAMA macam KLCC gak takde tiang besi.
9. Pengangkutan dalam bangunan tu satu hal… KLCC kecik tak
boleh sumbat banyak lif dalam tu. Macam mana nak angkut ramai orang naik ke
atas tu?
10. KLCC BERHAYUN. Semua bangunan tinggi berhayun. Bak kata
arkitek dalam dokumentari tu, kadang orang boleh nampak air toilet berkocak
sebab bangunan berhayun. Dalam kes KLCC, jambatan tengah tu boleh memburukkan
keadaan kalau dua menara saling menarik antara satu sama lain!



Sepuluh je saya ingat pagi ni. Semalam saya senaraikan ada
13 – 14 masalah lain yang saling bersangkut. Seram an… Ini lebih seram dari
kisah hantu. Sekurang2nya hantu takkan buat bangunan runtuh dan orang mati
tertimbus..
Awal2 lagi dah tahu banyak masalah, kenapalah nak buat
jugak? Mesti korang terasa emo sekarang. Sabar dulu. Cerita belum habis. Saya
nak sambung dengan senarai penyelesaian pulak yang akan buat kita kagum dengan
sejarah KLCC.



1. Design KLCC. Bangunan yang nampak macam dua batang jagung
tu sebenarnya berinspirasikan budaya Melayu dan kesenian Islam. Waktu Tun Mahathir
request nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’, Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri
Malaysia’ tu macam mana? PM pun taktau nak habaq. Arkitek nampak ‘ciri
Malaysia’ tu beridentitikan Islam, dia kaji kesenian Islam dan cemana nak buat
menara moden bersenikan Islam. In the end Tun Mahathir sendiri bagi idea buat
tapak dia bentuk Rubu’ Hizb (segi empat bersilang macam penanda juzu’ dalam
Quran). Arkitek tambah baik lagi supaya lebih luas.
2. Bajet. Disebabkan Malaysia mampu sediakan bajet untuk 6
tahun saja, maka kerja pembinaan KLCC terpaksa dijalankan TANPA REHAT supaya
dapat mencapat target masa tu. 24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau terlajak
sehari saja Malaysia akan kerugian 700,00. Terlajak seminggu, rugi 5juta. Kos
tu maksudnya dengan gaji pekerja buruh dan pakar, sewaan jentera… bukan kos
bahan pembinaan tu sendiri. KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur.
Satu lagi pendekatan, kerajaan upah dua kontraktor berbeza untuk siapkan dua
menara, supaya diorg saling bersaing dan semangat nak siapkan kerja tu on-time.



3. Tapak KLCC di tebing jurang batu kapur. Mula2 saya tak
faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ tu di dalam tanah. Pening jurutera
tengok takde tapak yang keras pun untuk dijadikan base KLCC. Kalau bina menara
berat2 kat situ endingnya nanti tenggelam dalam bumi. Jenuh diorang fikir, kaji
pengalaman2 lepas, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh tu?
Akhirnya diorang cuba fikir luar kotak dan buat suatu yang baru untuk KLCC.
Diorang bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah
hingga melepasi ketebalan batu kapur. Disebabkan tu, asas KLCC dikira sebagai
the deepest foundation in the world.

4. Waktu buat tapak tu masalah hujan lebat berlaku. Diorang
pening lagi dengan hujan KL ni… Lagi sekali dorg berfikir di luar kotak,
diorang ‘payung’ tapak tu dengan kanvas besar seluas 5 khemah sarkas. Sampai
tapak betul2 kering dan keras barulah pembinaan bersambung.
5. Tiada keluli yang menepati spesifikasi. Fikir punya
fikir, diorang cipta sebatian konkrit baru yang mampu menyamai kekuatan keluli.
Menariknya, sebatian tu menggunakan bahan2 KHUSUS yang terdapat di negara kita.
Nampaknya ‘darah daging’ KLCC tu sendiri tercipta dari tanah Malaysia.
Dan kelebihannya, bangunan berasaskan batu ni lebih rintang
terhadap angin.
6. Dah sampai tingkat keberapa, jurutera dapat kesan
kontraktor guna bancuhan konkrit yang tidak mengikut ‘resipi’. Cuak la diorag…
membayangkan KLCC akan runtuh kalau diteruskan pembinaannya. Semua kerja
berhenti. Diorang cek balik banyak mana tingkat yang guna simen lembik tu.
Mujurnya baru satu tingkat. Dengan berat hati diorang terpaksa RUNTUHKAN BALIK
tingkat yang rapuh tu dan bina semula ikut spec. Dalam temubual, memang diorang
kecewa sangat sebab melambatkan masa dan membazirkan bahan. Tapi diorang kena
buat juga demi menjamin keselamatan KLCC di masa depan.



7. Dah separuh siap, senget pulak satu menara. Senget
beberapa mm je. Katanya, tak menjejaskan struktur bangunan pun. Tapi untuk
sebuah menara tinggi, mana tahu boleh jadi bahaya kan. Engineer dia mati akal
terus. Takkan nak robohkan balik 70 tingkat tu? Gosh… Sudahnya diorang buat
keputusan untuk terus bina tingkat yang berbaki, ikut hala bertentangan dari
arah yang senget. Elok la balik.
8. Serangan pengganas. Mengambil iktibar dari bangunan
runtuh di Oklahoma, jurutera buat test adakah KLCC dapat bertahan kalau tiang
konkritnya diletupkan? Keputusannya amat memeranjatkan. Bukan saja kekuatan
konkrit tu boleh bertahan, bahkan KLCC masih mampu berdiri tanpa 3 dari 16
tiang asas dia. Syukur. Kalau keputusannya tak baik, rugi usaha penat lelah
diorang.



9. Masalah tak cukup ruang untuk lif, KLCC terima satu lagi
inovasi baru. Kali ni dari Otis pulak, syarikat pertama yang membuat lif di
dunia. Otis reka lif dua tingkat, satu untuk tingkat genap dan satu untuk
tingkat ganjil. Selesai.
10. Risiko menara saling menarik waktu berhayun. Jurutera
reka ‘sendi’ pada sambungan skybridge membolehkan ia bergerak. Kalau satu
menara berhayun ditiup angin, takde la dia tarik kawan dia satu lagi. Jangan
korang bayangkan KLCC berhayun macam buai. Hayunan bangunan ni perlahan sangat,
kita pun tak rasa.
Cabaran terakhir diorang ialah nak meletakkan skybridge tu
ke tempatnya. Waktu jambatan tengah tergantung tingkat berapa ntah, seluruh
tapak pembinaan black out kena sambar petir. Engineer dah terbayang kalau
jambatan tu jatuh ke bawah. Lepas 36 jam menunggu, cuaca reda. Baru la
pemasangan sky bridge dapat disempurnakan dengan kibaran Jalur Gemilang di
badannya.
Apa yang ditunjuk dalam dokumentari tu sebenarnya hanya
secebis kecil dari kisah pembinaan KLCC. Maklumat sebenarnya kena dirahsiakan
untuk keselamatan KLCC dari sabotaj. By the way sejarah ni buat saya kagum
dengan usaha diorang merealisasikan benda yang mustahil. Nampak mustahil.
Rupanya ada jalan bila kita fikir. Ada je masalah datang, diorang selesaikan
satu demi satu. Yang terakhir sekali black out sebab hujan ribut tu diorang
takleh buat apa. Itu pun tugas masih dapat disempurnakan, awal beberapa hari
sebelum deadline.



Saya tahu ada banyak pendapat pro and cons di luar sana
tentang KLCC. Tapi kat sini saya nak ajak korang ambik benda yang positif;
tentang ilmu, kecekalan, tabah dan pantang mengalah. Juga nilai Islam di
sebalik KLCC tu sendiri, dan visi pemimpin di sebalik pembinaannya. Ayah saya
veteran askar zaman komunis.
Selalu saya dengar susahnya hidup waktu perang. Saya dapat
faham fikiran Tun Mahathir yang rasa terhina dijajah British dan Jepun. Saya
faham bagaimana berkobarnya beliau nak Malaysia bangun berdiri sama tinggi
dengan penjajah. Dan bila saya study abroad, Malaysia dikenali dan dipuji.
Orang tahu KLCC dan tahu Malaysia. Kira dari sudut pembangunan tu tercapai la
hasrat Tun nak Malaysia dikenali.
Saya, awak, kita rakyat Malaysia tak patut bangga dengan
KLCC kalau kita tak ambil semangatnya. Saya sendiri, lepas tengok dokumentari
tu, takkan lagi melihat KLCC dengan pandangan sebelumnya. Saya rasa lebih
hormat pada mercu tanda negara ni sebagai penghormatan kepada insan2 hebat yang
membinanya.


Maaf kalau ada kesilapan fakta. Million thanks to admin
kalau sudi publish


– Siti

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel