Connect with us

Berita Lain

Guru, Pelajar Turut Guna Meja Sama Untuk Elak Banjir


ALOR SETAR: Meja yang digunakan oleh Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk meniti merentas air banjir ketika melawat
sebuah sekolah di Pulau Pinang baru-baru ini turut digunakan oleh pelajar dan
guru.
Meja tersebut bukan disediakan khas semata-mata ketika
lawatan menteri, tetapi telah disusun sedemikian apabila paras air banjir yang
melanda sekolah itu separas paha bagi tujuan pelajar dan guru berjalan masuk ke
dewan peperiksaan daripada kenderaan yang mengangkut mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Oleh itu Setiausaha Akhbar Mahdzir Khalid, Datuk Mohd.
Razman Yaacob menjelaskan, tidak timbul isu menteri sayang kasut kerana meja
berkenaan sememang disusun di pekarangan sekolah itu untuk digunakan guru dan
pelajar ketika mereka dipindahkan dari kenderaan yang mengangkut mereka ke
dewan peperiksaan.
“Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri
sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau
ketika lawatan itu. Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana
kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon
yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu,” katanya di sini hari ini, lapor Utusan Online.
Gambar Mahdzir berjalan di atas meja di sekolah yang dilanda
banjir itu telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan pelbagai
persepsi untuk memburuk-burukkan imej beliau.
Mengulas lanjut kata Mohd. Razman, pihaknya kesal dengan
fitnah berkenaan termasuk tindakan netizen yang menularkan perkara itu tanpa
asal usul.
“Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar.
Kita kena fikir dahulu sebelum menabur fitnah. Tanpa maklumat sahih jangan
sebarkan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel