Connect with us

Berita Lain

Hanya Tuhan Mampu Balas Jasa Surau Taman Free School


Sementara itu, Lee Swee Cheng, 50 berkata, jirannya yang
juga bilal Surau Taman Free School, Sapno Tukijo merupakan orang yang paling
berani kerana telah menyelamat beberapa penduduk ketika kejadian, 5 November
lalu.
Menurutnya, dia dan rakannya yang tinggal di perumahan
Lengkuk P Ramlee itu amat terhutang budi dengan Sapno dan ahli kariah surau
tersebut yang sudi menumpangkan mereka di situ.
“Terima kasih kepada mereka yang menawarkan pertolongan
ketika semua orang dalam keadaan terdesak. Kami tiada pilihan melainkan
menerima pelawaan Sapno,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Swee Cheng yang menyifatkan Sapno sebagai jiran yang baik
turut berharap agar niat baik bilal surau itu tidak di manipulasi sehingga
mencetuskan perbalahan.
“Jika boleh, jangan salah tafsir niat baik Sapno.
Mereka yang tidak berada dalam situasi kami, mereka tidak akan faham.
“Air naik sampai ke paras dada, apa lagi pilihan lain
yang kami ada? Terima kasih, Sapno,” katanya.
Terdahulu, gambar tular yang memaparkan sekumpulan lelaki
dan wanita dewasa berbangsa Cina yang menumpang di Surau Taman Free School
mendapat pelbagai reaksi di media sosial, termasuk beberapa ahli agama.
Sementara itu, Pengerusi Surau Taman Free School, Zakaria
Mydin, 53 berkata,  mangsa yang
berlindung di surau tersebut bukan hanya bangsa Cina, malah ada yang berbangsa
Melayu dan India.
Zakaria berkata, beliau tidak mahu mengambil serius tentang
apa yang diperkatakan dalam media sosial kerana tahu niat pertolongan itu
dihulurkan.
“Mereka hanya buat kesimpulan berdasarkan sekeping
gambar. Mereka tidak tahu keadaan sebenar kami (mangsa banjir) pada ketika itu.
“Jangan terburu-buru buat kesimpulan. Saya yang memuat
naik gambar itu, sepatutnya tanya kepada saya dahulu,” katanya.



– Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel