Connect with us

Berita Lain

Hina Nabi Muhammad: Laporan Polis Terhadap Asiah


KUANTAN – Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan hari ini membuat
laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd. Latif
berhubung kenyataannya yang didakwa menghina keperibadian dan keluarga Nabi Muhammad
SAW.
Pengerusinya, Mohd Jalaludin Fikri Jamal berkata kenyataan
Asiah yang disedarinya pada pukul 9.40 malam, 12 Nov lalu berhubung hak wanita
itu juga dibimbangi boleh memesongkan akidah umat Islam kerana status itu
mendapat sokongan pembaca.
“Sebagai seorang Islam, dia (Asiah) tidak seharusnya
mengeluarkan kenyataan sebegitu yang menghina Nabi Muhammad dan membangkitkan
kemarahan serta mengguris perasaan umat Islam di negara ini.
“Dia juga dilihat memanipulasi surah dan hadis,” katanya
kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kuantan di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut membuat laporan ialah Anggota Jawatankuasa (AJK)
Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan Ahmad Faizal Hazizan dan kedua-dua mereka mahu
supaya tindakan diambil terhadap Asiah.
Asiah didakwa telah memuat naik status di akaun Facebooknya
pada pukul 8.29 malam, 12 November lalu yang mendakwa konon wanita Islam sering
ditakutkan dengan buruknya status janda di sisi masyarakat sejak zaman nabi.

Pada kenyataan itu, Asiah juga menyentuh ayat 128 surah
An-Nisa’ dan ayat 5 surah At-Tahrim. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel