Connect with us

Berita Lain

Ibu Terkejut Anak ‘Bertukar’ Jadi Model Korea Kacak


SEORANG
pekerja kilang dari Thailand mengejutkan ibunya dengan melakukan transformasi
penuh selepas menjalani siri pembedahan plastik dalam program ‘Let Me In
Thailand’, sebuah rancangan TV popular di Korea, edisi negara itu.

Noppajit
Monlin, 22 tahun, sentiasa ingin mengubah wajah dan penampilannya, kerana
rahangnya yang senget menyebabkan dia tidak dapat mengunyah dengan sempurna.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malu
dengan kekurangan dirinya, Monlin sering mengasingkan diri daripada rakan
sekerjanya dan selalu makan sendirian pada waktu rehat.

Dalam
program bersiri ‘makeover’ musim ketiga yang disiarkan pada Ahad, Monlin
dipilih untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.

Dalam
usaha mendapatkan wajah yang dikehendaki, lelaki Thai itu menjalani pembedahan
rahang, dahi dan kelopak mata.

Program
itu juga menyaksikan dia diberikan suntikan botox kelenjar air liur, satu
prosedur yang digunakan untuk memperbaiki lelehan yang berlebihan serta rawatan
kulit untuk menghilangkan kecacatannya.

Selepas
semua proses itu selesai, Monlin berjaya menjadi seorang lelaki baharu, dengan
fizikalnya sama sekali berbeza dengan dirinya yang lama.

Selesai
menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Monlin dijadualkan untuk bertemu
ibunya untuk kali pertama di restoran kegemaran mereka.


Malangnya,
ibunya tidak mengenali Monlin walaupun anak kandungnya itu berada dekat dengan
mejanya.

“Saya
sangat merinduinya, ini bukan lakonan,” kata ibu Monlin sebelum
menangis  di depan kamera menceritakan
tentang anaknya.

Ketika
Monlin bangun dan berjalan ke arah ibunya, wanita itu mula menagis teresak-esak
apabila Monlin memperkenalkan dirinya yang baharu.

“Ibu
masih ingat saya? Pandanglah saya,” kata Monlin.

“Kamukah
ini? Betulkah ini kamu?,” tanya ibunya.


Jika
anda melihat gambar sebelum dan selepas pembedahan, anda dapat memahami mengapa
ibunya sukar mempercayai apa yang berlaku sehinggalah dia terpaksa mencari
parut di tangan Monlin untuk mendapatkan pengesahan.

Dalam
temubual program itu, Monlin berkata hidupnya telah berubah sepenuhnya terutama
dalam suasana sosial.

“Ramai
melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. 

Sebelum ini,
orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya
mempunyai lebih ramai kawan,” katanya.


Walaupun
kelihatan seperti seorang model Korea yang bergaya, Monlin berkata dia masih
orang yang sama dan hatinya masih milik Tob, seorang wanita transgender yang
ditemui di Facebook dan menjalinkan hubungan dengannya selama tiga tahun.

“Saya
menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggalkan saya. Kami percayai satu
sama lain sejak awal perkenalan,” kata Tob, 26, dalam program itu.



Tob
berkata Monlin segera meminta nombor telefonnya, lima minit selepas mereka mula
berhubung di Facebook. Tiga minggu kemudian, mereka tinggal bersama.

“Dia
menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenarnya
hampir sama. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya,” kata Monlin.

“Walaupun
saya mempunyai kehidupan baru sekarang, hati saya tetap sama,” katanya.

– mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel