Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak 10 Tahun Lemas Jatuh Sungai


ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun
lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan surau di Taman
Tabung Haji, Kepala Batas, di sini, petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar berkata,
pihaknya menerima panggilan pada kira-kira jam 4.03 petang daripada orang awam,
memaklumkan seorang kanak-kanak dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejurus panggilan itu, seramai tujuh anggota termasuk
pegawai bergegas ke lokasi kejadian dalam masa 15 minit.
“Apabila sampai dilokasi, anggota bomba membuat
pencarian menggunakan ‘grapping iron’ dan menjumpai mangsa pada jam 4.45
petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mangsa, Mohd Haziq Amsyar Shahril dijumpai pada
jarak 15 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota
perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel