Connect with us

Berita Lain

Kantoi 200 Kilogram Ketum Dalam Alza


SIK: Polis menahan dua lelaki dan merampas 200 kilogram (kg)
daun ketum yang disembunyikan di dalam kereta ketika operasi ‘Snap and Check’
di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak
Osman, berkata kedua-dua suspek berusia 30 tahun yang menaiki kereta jenis
Perodua Alza dilihat dalam keadaan mencurigakan jam 1.15 petang, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pemeriksaan menemui 39 bungkusan plastik hitam berisi
daun ketum di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta membabitkan berat
keseluruhan 200kg dengan nilai pasaran sebanyak RM2,600.
“Soal siasat mendapati suspek memperoleh bekalan daun
ketum terbabit dari Lubuk Merbau dan sedang dalam perjalanan ke Padang Besar,
Perlis untuk memasarkan daun ketum terbabit di sana,” katanya dalam satu
kenyataan, sebentar tadi.

Abdull Razak berkata, dua suspek yang ditahan kini disiasat
mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh membawa kepada hukuman denda
hingga RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel