Connect with us

Berita Lain

Kantoi Bawa Dadah, Suami Isteri Berdepan Hukuman Gantung


Suami isteri berusia 42 tahun dan 39 tahun ditahan polis
selepas pemeriksaan dalam Toyota Camry dinaiki mereka menemui heroin seberat
1.8 kilogram (kg) bernilai RM45,400, kelmarin yang membawa hukuman gantung
sampai mati.
Pasangan itu ditahan jam 9.15 malam di depan rumah kedai di
Bandar Seri Iskandar, Seri Iskandar oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Ketua JSJN Perak Asisten Komisioner V R Ravi Chandran
berkata, suspek lelaki bekerja sebagai pencuci kereta manakala suspek wanita
tidak bekerja.
Kedua-duanya dipercayai sudah setahun mengedar dadah di
negeri ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami kemudiannya menyerbu rumah suspek di Pusing, Batu
Gajah dan merampas motosikal, empat telefon bimbit dan kad ATM. Ada sejumlah
RM13,690 dalam akaun bank suspek.
“Ujian air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah.
Mereka mempunyai seorang anak berusia dua bulan selain tiada rekod jenayah
lampau.
“Kedua-duanya direman hingga Selasa ini dan kes disiasat
mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di
IPK Perak di Ipoh, hari ini.
Pada masa sama, Ravi Chandran berkata, sejak Januari hingga
Oktober lalu, JSJN Perak menahan 6,802 individu dan ia peningkatan 17 peratus
berbanding tahun lalu.
“Daripada jumlah itu, 118 individu sudah diambil tindakan
mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel