Connect with us

Berita Lain

Kedah Umum Bayaran Khas Penjawat Awam RM2,000


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan
pemberian khas berjumlah RM2,000 kepada penjawat awam negeri membabitkan
peruntukan berjumlah RM14 juta.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah
berkata, pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Disember
ini, dan bayaran kali kedua menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.
Katanya pemberian khas itu bagi menghargai usaha dan tugas
kira-kira 6,000 penjawat awam negeri yang selama ini berperanan selaku
‘jantung’ pentadbiran kerajaan dan sentiasa menerapkan sikap wala’ dan
berintegriti.
“Gabungan idea, curahan tenaga mereka, serta dedikasi dalam
memastikan perancangan pembangunan diupaya banyak membantu pimpinan negeri
untuk berterusan merangka agenda pembangunan rakyat,” katanya ketika
membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Bashah turut mengumumkan bahawa mulai Januari tahun
depan, kerajaan negeri akan membayar sepenuhnya bil air bagi pengguna domestik
yang mempunyai penggunaan 20 meter kiub ke bawah, bertujuan menggalakkan
penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin rizab
di kolam takungan.
​​​“Pemberian ini memberi manfaat kepada 221,000 akaun
pengguna, dengan kos tanggungan kerajaan negeri untuk dibayar kepada Syarikat
Air Darul Aman Berhad (SADA) secara puratanya berjumlah RM1.5 juta sebulan atau
RM18 juta setahun,” katanya.
Menteri besar berkata, di bawah agenda peduli rakyat,
beberapa insentif dan bantuan turut digariskan antaranya bantuan am bagi
penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan daripada RM150 kepada
RM200 yang melibatkan 4,000 penerima dengan biaya keseluruhan RM 2.5 juta.
“Kedua, bantuan segera bagi mangsa bencana seperti banjir
dan bencana alam dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa yang
berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.
“Ketiga, Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah, seramai 30,000
pelajar Tahun 1 yang memasuki alam persekolahan bagi sesi 2018 di semua sekolah
rendah negeri ini diberikan RM100 setiap seorang dalam bentuk simpanan di Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i),” katanya.
Ahmad Bashah berkata insentif guru kampung dan guru Kelas
Asas Fardu Ain (KAFA) turut akan dinaikkan kepada RM600 seorang berbanding
sebelum ini hanya RM450.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel