Connect with us

Berita Lain

Kemungkinan Naikkan Subsidi Bahan Bakar Akan Dibincang Esok


BAGAN DATUK – Kementerian Kewangan sedang mengkaji
kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak
terus meningkat di pasaran.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar
Abdullah berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara
esok untuk perbincangan lanjut.
“Kami sedang mengkajinya (naikkan subsidi),” katanya kepada
pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Program sehari anjuran Unit Strategi Nasional, Kementerian
Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu dirasmikan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mohd Irwan Siregar berkata demikian ketika ditanya usaha
kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar di pasaran tidak terus meningkat.
Ketika ini, harga bagi seliter Petrol RON 95 ialah RM2.38
manakala RON 97 dan diesel masing-masing RM2.66 dan RM2.25.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Irwan Serigar menggesa
rakyat supaya tidak mempercayai tohmahan pihak tertentu yang mengatakan negara
akan muflis.
Beliau berkata sekiranya negara akan bankrap kerajaan tidak
akan mampu membentangkan Bajet 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion.
“Saya sebagai pegawai kanan kerajaan dan duduk dalam
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) saya tahu apa yang berlaku dan apa yang
dibuat kerajaan untuk rakyat,” katanya.
Beliau berkata tohmahan tersebut juga tidak berasas kerana
Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku ketiga tahun ini mencatat pertumbuhan 6.2
peratus sebagaimana diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat
lalu.
“Ini sekali gus membuktikan Malaysia berkembang pantas di
rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel