Connect with us

Berita Lain

Kerana Wang Pampasan Lelaki Mengaku Tipu Isteri, Anaknya Maut Dalam Kebakaran


SEORANG lelaki mengaku terpaksa menipu keluarganya meninggal
dunia akibat kebakaran di Grenfell Tower, London hanya untuk memperoleh wang
pampasan sebanyak 12,500 pound sterling.
Anh Nhu Nguyen mendakwa isteri dan anak lelakinya maut dalam
kebakaran tragik di salah sebuah blok pangsapuri di ibu kota Britain tersebut
pada 14 Jun lalu.
Malah gambarnya turut dirakam di sisi Putera Charles semasa
baginda melawat mangsa kebakaran pangsapuri tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Nguyen menyamar sebagai salah seorang mangsa dan diberikan
sejumlah wang pampasan daripada Majlis Badan Aman Kensington dan Chelsea.
Lelaki berusia 52 tahun dari Beckenham, selatan London itu
mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Southwark pada Khamis atas dua pertuduhan.
Dia didakwa berpura-pura menjadi mangsa kebakaran dan
membuat kenyataan palsu untuk mendapatkan pasport.
Nguyen tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dia membuat
pengakuannya menerusi seorang penterjemah.
Keputusan perbicaraan kes Nguyen akan ditentukan pada 15
Disember ini.
Lebih 80 mangsa maut dalam kebakaran yang memusnahkan
pangsapuri 24 tingkat itu.
Nguyen diberikan sebuah bilik hotel, pakaian, makanan,
barangan elektrik dan wang selepas menyamar sebagai salah seorang mangsa yang
terselamat.
Namun muslihatnya terbongkar selepas dia memberikan beberapa
alamat kediaman yang berbeza, ada di antaranya tidak pernah wujud. – mStar
Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel