Connect with us

Berita Lain

Kes Ular Masuk Dalam Rumah, Suami Belasah Isteri


Hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam
rumah ditangkap lelaki lain menyebabkan suami tergamak membelasah isterinya di
kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an
tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain untuk
menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka, lapor Harian Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah suspek mendakwa mangsa berlaku curang dengannya
menyebabkan berlaku pertengkaran, kata Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan
Ahmad Nasir.
Menurutnya, suspek kemudian terus memukul isterinya dengan
menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit.
“Akibat kejadian itu, mangsa lebam di badan dan tampil membuat
laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutnya.
“Bertindak atas laporan itu, kami kemudian mengesan suspek
sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga
esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan
akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel