Connect with us

Berita Lain

‘Lawak Kami Bukan Sembarangan’


MELAKA – Bermula sekadar suka-suka, namun kini mempunyai
pengikut mencecah ratusan ribu.
Itulah yang berlaku kepada Facebook Sultan Melaka Fans dan
Sultan Melaka apabila berjaya menarik peminat menerusi troll dipaparkan dalam
laman sosial berkenaan.
Boleh dikatakan setanding laman troll lain seperti Siakap
Keli, Amran Fans dan Abdul Rani Kulop Fans, Facebook Sultan Melaka Fans dan
Sultan Melaka tidak kurang hebatnya apabila kini mencecah hampir setengah juta
Like walaupun baru tiga tahun diwujudkan.

Namun, tidak ramai mengetahui siapa di belakang tabir
Facebook berkenaan yang sering memaparkan berita terkini, diselang seli unsur
jenaka dan gurau senda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemilik akaun Facebook berkenaan ialah Shahir Mohd Shah, 33,
yang menubuhkan Sultan Melaka Fans pada 2014.
Shahir berkata, pada mulanya dia hanya sekadar suka-suka
menghiburkan orang ramai di alam maya dan tidak terlintas langsung mendapat
sambutan sehingga membolehkannya menjana pendapatan.
“Lawak kita bukan sembarangan tapi ada fakta.
“Lama-kelamaan, ramai bertanya terutama peniaga online
mengenai perkhidmatan buat iklan. Dari situ, saya jadikan sekali laman ini
untuk jana pendapatan,” katanya.
Menurutnya, laman itu dikendalikan 10 editor yang dilantik,
terdiri daripada bloggers, akauntan, kontraktor, ahli perniagaan.
“Dua editor lagi dilantik uruskan iklan bagi memastikan
setiap hari ada iklan yang disiarkan dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu
siang dan malam.
“Alhamdulillah, sekarang setiap hari ada iklan masuk
sehingga adakala boleh cecah pendapatan RM10,000 sebulan,” katanya yang turut
bergurau menggelar dirinya sebagai beta.
Pernah bekerja sebagai chef di sebuah hotel, Shahir berkata,
dia sanggup meninggalkan kerjaya diceburi lebih 10 tahun itu untuk fokus kepada
laman Facebook berkenaan termasuk menguruskan iklan.
Malah katanya, dia pernah ditawarkan RM40,000 oleh seseorang
yang mahu membeli laman Facebook itu, namun dia menolaknya.
Tetap berhati-hati
Shahir berkata, walaupun menyelitkan unsur gurauan,
kumpulannya tetap berhati-hati menyiarkan sesuatu bahan troll untuk mengelak
perkara sensitif.
Malah katanya, dia pernah kehilangan satu akaun Facebook
lain yang mempunyai lebih 300,000 pengikut selepas ada pihak membuat aduan
kepada Facebook.
“Sebelum ini, troll yang dilakukan sama ada mengenakan
artis, ahli politik dan orang awam itu bersifat terbuka, tapi sekarang kita
lebih berhati-hati menyiarkan sebarang lawak atau posting,” katanya.
Selain itu katanya, pihaknya juga turut membuat lintas
langsung di beberapa lokasi percutian menarik untuk pengetahuan orang ramai.
“Mungkin orang lihat tindakan kami negatif atau keburukan
laman ini, tapi saya tak ambil peduli setiap komen negatif itu.
“Ada juga yang minta kami bantu siarkan ahli keluarga
hilang, hilang kenderaan, menularkan individu menipu atau maklumat bencana
alam. Kami anggap ia sebagai khidmat komuniti kepada masyarakat,” katanya
yang lebih senang tidak mendedahkan identiti kumpulan yang mengendalikan laman
berkenaan.
Sementara itu, editor laman Facebook Siakap Keli, A Rizal
Che Zake yang turut terlibat dalam laman Facebook Sultan Melaka Fans
mendedahkan, laman Facebook Siakap Keli sebenarnya dimiliki seorang lelaki,
yang kemudian dijualkan kepada seseorang dengan harga dianggarkan RM1.5 juta.
Bagaimanapun katanya, pemilik kedua itu menjualkan semula
kepada syarikat televisyen swasta dengan harga dianggarkan RM10 juta.
Dia yang turut menjadi editor di beberapa laman Facebook
popular lain juga mengakui laman Facebook troll kini mampu menjana pendapatan
lumayan.
“Biasanya page yang mempunyai kira-kira 1.1 juta
pengikut dijual dengan harga RM45,000. Kalau 600,000 pengikut dengan harga
RM30,000. Sementara 300,000 pengikut pula dijual dengan harga RM20,000,
“Berbekal pengalaman dalam bidang pengiklanan, tak ada
masalah untuk saya dapatkan pelanggan biarpun tak jumpa mereka secara depan.
Yang penting kita cuba buatkan yang terbaik bagi pelanggan dan jujur,” katanya.

Advertisement
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel