Connect with us

Berita Lain

Mayat Hampir Reput Ditemukan Di Sebuah Rumah


PASIR PUTEH – Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan di
sebuah rumah di Kampung Seri Aman 3 di sini hari ini.
Pasukan bomba menjumpai mayat mangsa dikenali sebagai
Mustaffa Hamzah, 52, dalam keadaan terbaring di atas lantai rumah itu kira-kira
11.30 pagi tadi.
Abang ipar mangsa Abdul Rahman Yaacob, 60, ketika ditemui
pemberita berkata beliau mengesyaki sesuatu apabila tidak melihat kelibat adik
iparnya sejak tiga hari lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Abdul Rahman yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa
berkata berikutan itu, beliau mengambil keputusan untuk meninjau keadaan adik
iparnya sebelum terlihat Mustaffa terbaring di atas lantai menerusi celahan
pintu.
“Saya kemudiannya menelefon bomba Pasir Puteh untuk
menyelamatkannya kerana pintu rumah tidak dapat dibuka,” katanya dan menambah
arwah tinggal seorang diri dan menghidap beberapa penyakit termasuk kencing
manis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Penolong
Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata empat anggota bomba bertindak
mengumpil pintu rumah yang dikunci dari dalam sejurus tiba di kediaman itu
selepas menerima panggilan pada 11.25 pagi.

Beliau berkata mayat berkenaan diserahkan kepada polis dan
dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel