Connect with us

Berita Lain

Pelajar Ditemui Selepas Bapa Laung Azan Dan Baca Yasin


KUALA LUMPUR – Sejurus selepas laungan azan dan bacaan Yasin
seorang bapa di lokasi pencarian, mayat dua pelajar tingkatan satu yang
dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberang longkang
pada Isnin lepas, ditemui di kawasan lombong Kampung Muhibah di sini.
Pencarian lebih 40 jam itu berakhir apabila mayat kedua-dua
mangsa, Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan,
masing-masing berusia 13 tahun, ditemui pada 7.40 dan 8.03 pagi ini, dengan
jarak 40 meter antara satu sama lain.
Ketika ditemui pemberita, Ridzuan Zainal Abidin, 46, berkata
beliau melaungkan azan dan membaca surah Yasin di lokasi anaknya hilang dengan
niat supaya mayat Rafiuddin Fakhrullah, segera ditemui.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya turun ke lokasi kira-kira 7.30 pagi untuk baca Yasin
serta laung azan dengan doa dia (Rafiuddin) ditemui segera.
“Alhamdulillah, selepas beberapa minit, saya diberitahu
kedua-dua mangsa telah ditemui oleh anggota bomba,” katanya ketika menunggu
untuk menuntut mayat anaknya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.
Sementara itu, seorang lagi bapa mangsa Amran Mohd Ali, 35,
berkata kehilangan anak keduanya, Muhammad Shafiq Akmal, sememangnya dirasai
adik-beradiknya yang lain.
“Dia memang rapat dengan adik-beradiknya, lebih-lebih lagi
adik bongsunya berusia setahun, walaupun adik bongsunya masih tidak faham
tetapi dia seperti mencari-cari di mana abangnya pergi,” katanya.
Menurut bapa kedua-dua mangsa, Rafiuddin Fakhrullah akan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol di sini, manakala Muhammad
Shafiq Akmal di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam di sini, selepas solat
Asar.

Dalam insiden 3 petang Isnin lepas, dua rakan itu dilaporkan
hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberang longkang dalam
kejadian berhampiran sebuah sekolah menengah di Taman Yarl dekat Jalan Klang
Lama, di sini. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel