Connect with us

Berita Lain

Peniaga Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Palsukan Diploma UiTM


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas lima pertuduhan, termasuk memalsukan
sijil dan transkrip Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Ogos lalu.
Tertuduh, Shafizal Khalil, 36, membuat pengakuan itu di
hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som selepas semua pertuduhan dibacakan
jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Shafizal didakwa
memalsukan dokumen iaitu sijil Diploma Pengajian Perniagaan dari UiTM yang
mempunyai cop mohor dan satu lagi tanpa cop mohor dengan niat menyokong satu
tuntutan bagi penama Mohd Hafizi Ahmad, 29, tanpa kuasa sah dengan mengubah
dokumen itu.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa memalsukan
dokumen iaitu transkrip Diploma Pengajian Perniagaan dari UiTM dengan niat
menyokong satu tuntutan bagi penama, Mohd Hafizi iaitu tanpa kuasa sah dengan
mengubah dokumen itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di Tingkat 7, Seksyen
Pemulihan Kredit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Menara
PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No 12 Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 7 Ogos
2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kelima, Shafizal didakwa dengan curangnya
menerima harta curi, iaitu wang tunai RM1,000 kepunyaan Mohd Hafizi, dengan
mengetahui bahawa ia adalah harta curi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat akhbar Kosmo!,
Jalan Chan Sow Lin, di sini, pada jam 5.38 petang, 2 Ogos 2017.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau
kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Farah Adilah Nordin menawarkan
jaminan RM20,000 untuk empat pertuduhan, manakala bagi pertuduhan kelima tiada
jaminan ditawarkan.
Mahyudin kemudian membenarkan tertuduh yang diwakili peguam
Rohani Ibrahim diikat jamin RM9,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang
penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Disember depan.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel