Connect with us

Berita Lain

Polis Lepas Tembakan Amaran Selepas Diserang Puluhan Warga Asing


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Lebih 50 lelaki dipercayai warga
China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa
sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan
Khoo Teik Ee, dekat sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pasukan
polis yang terdiri daripada tujuh anggota berpakaian preman tersebut terpaksa
melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin
Abdullah berkata, tujuh anggota terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan
judi berkenaan ketika sedang melakukan rondaan.
“Sebaik tiba di lokasi, kira-kira 200 lelaki dipercayai warganegara
China berada di situ dan cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaan dihalang
dan mereka turut diserang.
“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat
das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi tersebut,” katanya
dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis
Daerah Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 147/353 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 


– UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel