Connect with us

Berita Lain

PPBM Buli Ahli Akar Umbi, Kata Bekas EXCO


KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) didakwa sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
parti supaya dapat mengekalkan kroni dalam jawatan tertinggi parti sehingga
pilihan raya umum akan datang.
Bekas EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada),
Mohamad Taufik Abas, berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan
Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat
agung tahunan selewat-lewatnya 9 September lepas, iaitu dalam tempoh setahun
selepas penubuhannya.
“Penangguhan ini seolah-olah membuli ahli akar
umbi supaya tidak dapat memilih sendiri calon yang mereka rasa layak mengisi
jawatan dalam parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Justeru, saya selaku ahli parti yang sah
mendesak pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan secepat mungkin
bagi membela nasib ahli parti yang ditindas kepemimpinan autokratik
sebegini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohamad Taufik mendesak RoS bertindak lebih cepat
kerana sudah terlalu banyak aduan rasmi dibuat berhubung status sayap pemuda
parti itu.
Katanya, sehingga hari ini, pihaknya masih belum
mendapat sebarang makluman tindakan bakal dilaksanakan RoS berhubung isu itu.
“Timbul khabar angin mengatakan ada beberapa
pihak sudah berunding di belakang tabir untuk menutup kes ini.
“Jika ini benar, saya melihat RoS sebagai
tidak serius dan takut mengambil tindakan terhadap PPBM dan pemimpin-pemimpin
parti yang terbabit dalam penipuan dan penindasan kepada ahli partinya
sendiri,” katanya.
Pada 19 Oktober lalu, Mohamad Taufik bersama dua
bekas EXCO Armada, Muhammad Syazwan Ahmad Zainal dan Wahazir Wahabi membuat
aduan rasmi berkenaan penipuan dan penggunaan nama Armada yang tidak sah
mengikut perlembagaan rasmi parti.
Tiga bekas EXCO Armada itu menggesa ROS menyiasat
perlembagaan parti berikutan status meragukan sayap pergerakan pemudanya.
Perkara itu dianggap serius kerana membabitkan
sebuah parti politik dan telah memperdaya ramai rakyat Malaysia khususnya, ahli
akar umbi parti yang bertungkus lumus bekerja untuk parti selama ini.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel