Connect with us

Berita Lain

Proton Perkenal Kereta Terbang Di Malaysia Pada 2019


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd,
Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di
pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan
kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta
terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf
dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China
ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi
“Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Beliau berkata, “Bao” bermakna khazanah atau harta benda,
manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun
perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai
sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu
sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9%
sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely),
gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan
51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta
(RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa
tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan
.
Li berkata, sejak mengetuai Proton mulai 1 Oktober lalu,
beliau melalui surat terbuka kepada semua kakitangannya menyenaraikan 4
tuntutan.

“Pertama ialah saling menghormati, bertolak ansur dan
integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan, kedua ialah profesionalisme
dan kejujuran, ketiga ketelusan pengurusan dan keempat mematuhi peraturan.”

Beliau turut menjadikan kangkung sebagai contoh untuk
menggesa kakitangan Proton melakukan transformasi dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, walaupun kangkung di Malaysia sedap, tetapi
kemahiran tukang masak di kantin Proton tidak baik.

“Sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta yang mewakili
kemampuan keseluruhan sebuah negara, jika masak kangkung pun tak baik, macam
mana kita hendak menambah baik kualiti produk?”

Beliau berkata, walaupun ketua bahagian sumber manusia
berjanji akan memperbaiki kualiti masakan kantin dalam tempoh 2 bulan, tetapi
beliau mahu ia dilakukan dalam masa 2 minggu.

Katanya, kualiti makanan di kantin Proton kini bertambah
baik dan beliau mengalu-alukan orang ramai menilainya sendiri.

Tingkat kualiti perkhidmatan

Li berkata, matlamat Proton seterusnya ialah meningkatkan
perkhidmatannya.

“Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti
perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan
(CSI) sangat teruk, paling teruk di seluruh negara, tak pernah nampak seteruk
ini.

“Kelak, dealer kereta yang tidak tahu membaiki kereta, tidak
akan dibenarkan menjual kereta Proton.

“Hanya mereka yang mempunyai pusat sehenti 3S atau 4S iaitu
sistem jualan mementingkan keperluan, sistem perkhidmatan profesional
menyeluruh, bekalan alat ganti mencukupi dan tinjau selidik, boleh menjual
kereta Proton.

“Kami juga akan memberi komisen tertinggi di negara ini,
iaitu 1% hingga 1.3% komisen jualan kereta bagi 3 tahun pertama. Ketika ini,
hanya 2 syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia, tetapi kemampuan
mereka tidak setanding kami.”

FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel